Viral di media sosial gambar Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan Masyarakat Sivil, Razman Zakaria bersama Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali sedang makan di sebuah maahad tahfiz di Lenggong semasa tempoh arahan PKP.
Perkara ini telah mendapat perhatian Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan beliau menyerahkan sepenuhnya siasatan kepada pihak polis.
Di Facebook, Razman Zakaria memohon maaf secara terbuka dan menjelaskan setiap hari beliau bergerak untuk membantu frontliners.
Mohon maaf secara terbuka dari saya kepada seluruh rakyat
Saya memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat atas kekh1lafan yang berlaku. Pencerahan yang saya berikan ini bukan untuk dikecuali1kan daripada tind4kan undang-undang tetapi untuk menjelaskan keadaan sebenar.
Untuk makluman saya setiap hari bergerak untuk membantu fronliners, Alhamdulillah dapat membantu serta merta sebarang kekurangan peralatan yang dihadapi frontlines terutama kepada petugas kesihatan.
Setiap malam petugas kami menghantar makanan bermasak kepada petugas sekatan jalanraya disekitar Bagan Serai khususnya. Sebagai contoh jika kita tidak turun padang mana kita dapat tahu keperluan tandas bergerak untuk kegunaan petugas sekatan jalanraya amat mendesak.
Dalam setiap tindakan, kami amat titik beratkan perihal SOP dan sekiranya ada tindakan kami yang dilihat melangg4r SOP InshaAllah kami akan atasi.
Marilah bersama kita terus berdoa moga uji1an Covi1d-19 ini dapat meningkatkan iman dan bertambah sayang kita rakyat Malaysia dengan kerajaan Perikatan Nasional ini.
Sekali lagi saya mohon maaf dan terima kasih rakyat Malaysia, saya sayang anda semua.
Ikhlas dari
YB Haji Razman Zakaria
Sinar Harian melaporkan, Pengetua Maahad Tahfiz Al-Quran Lid Dakwah Wal Imamah, Muhammad Rif’aat Razman memaklumkan dia akan memberi keterangan kepada pihak polis mengenai gambar v1ral tersebut. Katanya, Dr Noor Azmi dan pengiring ke pusat tahfiz menunaikan solat asar dan makan sebentar kerana tidak sempat makan tengah hari.
Singgah solat, makan dan sampaikan sumbangan je, sebenarnya tiada isu besar pun. Tak pasal-pasal maahad tahfiz kami dapat publisiti percuma masuk berita dan tul4r meluas.
Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain dalam satu kenyataan berkata akan mengambil keterangan daripada exco dan beberapa individu yang terlibat.
Sumber : Razman Zakaria , Sinar Harian
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber: OHBULAN
Be the first to comment on "Razman Zakaria Mohon Maaf Secara Terbuka, Jelaskan Keadaan Sebenar"