Joy Revfa digelar ‘perempuan jal4ng’ gara-gara mesej suami orang

Seorang wanita ber4ng apabila membaca mesej mesra yang dihantar Joy kepada suaminya.

GARA-GARA menghantar mesej dengan emoji civm dan panggilan manja seperti sayang kepada suami orang, usahawan kosmetik Joy Revfa digelar sebagai ‘perempuan jal4ng’.

Enggan membiarkan perkara itu menjadi salah faham, Joy tampil memohon maaf dan menjelaskan perkara sebenar mengenai mesej tersebut yang dihantar secara rambang (blast) bukannya peribadi.

Menurut pemilik nama Siti Arifah Mohd Amin, dia tidak mengetahui dalam kalangan stokis dan ejen produknya iaitu MERVE ada lelaki yang sudah berkahwin memandangkan gambar di aplikasi WhatsApp tidak menggunakan foto sebenar.

Joy tampil memohon maaf dan menjelaskan perkara sebenar.

“Tak fasal-fasal Joy kena m4ki hari ini (Ahad). Mohon maaf kepada isteri-isteri yang terbaca dalam WhatsApp suami masing-masing bila ‘message bl4st’ Joy yang ada perkataan ‘dear, sayang, with love, emoji k1ss’ dan lain-lain.

“Serius, Joy sendiri pun tak tahu suami anda pun antara agent atau stokis online MERVE (profile picture tak letak jadi tak tahu agent tu lelaki atau perempuan).

“Mesej itu secara ramb4ng (blast). Bukan Joy bagi secara personal ya… Sebab biasanya agents dan promoter online semuanya wanita. Jarang ada lelaki.

“Semoga tiada salah faham lagi buat isteri-isteri yang suaminya adalah stokis MERVE. Kalau nak marah, mar4h suami anda ya. Jangan mar4h Joy. Tak fasal mendapat panggilan perempuan jal***,” katanya.

 

Semoga tiada salah faham lagi buat isteri-isteri yang suaminya adalah stokis MERVE.

JOY REVFA

USAHAWAN KOSMETIK

Bekas isteri kepada penyanyi Hafiz Hamidun itu tampil membuat permohonan maaf dan menjelaskan perkara itu di laman Facebook miliknya.

Joy turut memuat naik foto paparan skrin mesej seorang wanita berang dengan mesej mesra yang dihantar kepada suaminya dan memanggil usahawan itu dengan panggilan tidak baik.

“Apa benda with love dengan laki (suami) orang ini? Siapa ini? Tak ada kerja kac4u laki orang? Perempuan jalang,” tulisnya.

Dalam pada itu, rata-rata netizen memahami niat Joy menghantar mesej itu dan menganggap wanita tersebut terlalu sensitif sehingga menjadi salah faham.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: MSTAR

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Joy Revfa digelar ‘perempuan jal4ng’ gara-gara mesej suami orang"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*