Lupa Rasa M4lu, Sanggup Tebal Muka! Izam EYE Kini Alami Ang1n Ahm4r, Perlu Bantuan Utk Hadapi Ramadhan

Jika anda pencinta muzik rock tanah air, sudah pasti anda akan ingat dengan seorang penyanyi lagenda dari kumpulan EYE iaitu Mohd Izam bin Arshad atau lebih selesa disapa Izam Eye.

Meski pun dah lebih 20 tahun usia kumpulan EYE, lagu-lagu mereka masih lagi menjadi siulan sehingga ke hari ini. Antara yang sering menjadi pilihan kaki karaoke adalah berjudul Hanya Engkau Yang Satu.

IZAM EYE DISER4NG ANG1N AHM4R, SUKAR BERGERAK

Namun langit tidak lah selalu cerah. Dikhabarkan Izam EYE kini ditimpa ujian yang mana mengalami ang1n ahm4r sehingga disahkan lmpuh peringkat pertama. Izam mengalami situasi ini sejak setahun yang lalu lagi.

Biar pun ujian ini begitu berat untuk ditanggung, Izam terus tetap kuat semangat dalam mencari sesuap rezeki demi menanggung dua isteri dan juga tujuh orang cahaya mata dimiliki.

Izam sebelum ini hampir hilang kudrat, berjalan sudah pun tidak sempurna seperti dahulu tetapi masih lagi mampu memenuhi undangan nyanyian dengan mengharapkan bantuan pergerakan kerusi roda.

HILANG MATA PENCARIAN, TEBAL MUKA MINTA BANTUAN

Dalam perkembangan terbaru dalam mengharungi tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Izam telah mengalami tempoh sukar apabila mata pencarian mula terjejas dan tidak dapat keluar mengadakan persembahan seperti sebelumnya.

Dengan bakal kehadiran Ramadhan beberapa hari lagi, Izam menjelaskan yang dia sedikit rungsing terutama makan minum keluarganya. Sehubungan dengan itu, dia terpaksa menebal muka meminta sumbangan orang ramai.

Dengan keadaan yang memaksa, dia melupakan perasaan malu demi meraih simpati orang ramai. Nak kerja lain dia tak mampu dengan keadaan diri yang lmpuh separuh badan.

ADA PENYAKIT LAIN PUNCA SUKAR UNTUK PULIH

Sebagai rekod, dimaklumkan Izam mengalami ser4ngan ang1n ahm4r ketika pulang dari melakukan persembahan di Kuantan, Pahang 11 bulan yang lalu.

Ketika memandu, kakinya mula keb4s dan lengvh dan terpaksa digantikan pemanduan dengan rakannya. Keesokkan harinya, Izam didapati sudah pun tidak boleh gerakkan kaki dan dibawa ke hospital.

Hasil pemeriksaan dia disahkan lmpuh peringkat pertama. Dipercayai dia juga mempunyai beberapa penyaki1t yang lain menyebabkan Izam sukar untuk pulih.

Jangan malu untuk meminta bantuan. Semoga rezeki milik Izam dan dipertemukan dengan insan berhati mulia dalam membantunya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber:infomeecks

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Lupa Rasa M4lu, Sanggup Tebal Muka! Izam EYE Kini Alami Ang1n Ahm4r, Perlu Bantuan Utk Hadapi Ramadhan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*