Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes mencuri tumpuan ramai apabila berkongsi kepada umum aktiviti yang dilakukannya di rumah sewaktu tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Menerusi posting yang dimuat naik di Instagram, Tony memaklumkan dirinya menghabiskan masa yang ada dengan membaca sebuah buku keagamaan.
“Meluangkan sebahagian masa terluang yang ada untuk memahami saudara dan saudari saya dan agamanya. Masa untuk kita semua memahami, belajar dan bertoleransi.
“Sebuah buku yang menakjubkan. Gunakan masa anda untuk memperbaiki diri dan belajar lebih banyak lagi,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
Apa yang menariknya, grafik kulit muka depan buku berkenaan yang memaparkan kaligrafi jawi itu mengundang pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya.
Posting tersebut turut mendapat perhatian pendakwah Pencetus Ummah (PU) Amin yang kemudian menjelaskan bahawa buku yang sedang dibaca Tony itu merupakan sebuah naskhah terjemahan hadis yang menceritakan tentang akhlak Rasulullah.
“Tony Fernandes sedang membaca dan memahami terjemahan buku ‘Syamail Muhammadiah’. Buku hadis yang lengkap menceritakan tentang akhlak, kehidupan dan cantiknya penciptaan baginda Rasulullah SAW.
“Semoga Allah membuka ruang padanya untuk berkenalan dengan Rasulullah Nabi Muhammad SAW. Semoga kita semua dapat belajar daripada foto ini.
“Mengenal dan mencintai Rasulullah SAW adalah pengalaman yang cukup indah. Ya Rasulullah akhlakmu cukup indah. Ya Rasulullah kami rindukanmu,” katanya menerusi satu posting di Instagram.
Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan ‘sanitizer’, kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COV1D-19
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber: GEMPAK
Be the first to comment on "Tony Fernandes Baca Buku Tentang Akhlak Nabi Muhammad, Ini Reaksi PU Amin Yang Tak Disangka-Sangka"