Banyak Tak Kena! Drama The Gadis Karya Liyana Jasmay Und4ng Rasa Kurang Selesa Netizen. Ini Puncanya

Drama The Gadis baru sahaja melabuhkan tirai pada minggu lepas. Drama arahan Liyana Jasmay ini mengisahkan tentang gadis kampung yang cuba untuk mengubah masa depan masing-masing.

Berbezanya dengan cara gadis kampung ini adalah mengambil jalan mudah dan shortcut dengan menjadi pemuas kepada lelaki yang berharta dan bermata kernjang.

KARYA LIYA JASMAY TERIMA TEGURAN PENONTON

Menghasilkan suatu karya bukan lah perkara mudah. Begitu lah yang dihadapi oleh drama The Gadis ini apabila jalan ceritanya mengundang rasa kurang selesa orang ramai. Berikutan jalan cerita seorang pelajar SPM, Lisa (Yuna Rahim) dengan sgar dadynya, Datuk Jefri (Zain Ruffedge).

Dalam episod akhir drama berkenaan telah menunjukkan yang Lisa baru sahaja tamat persekolahan dan mengaku telah jatuh cinta kepada Datuk Jefri. Di akhir drama mereka digambarkan telah hidup bahagia bersama.

Sudah pasti plot cerita sebegini membuatkan netizen berasa mengarut dan bakal menjadi contoh kurang baik kepada pelajar-pelajar yang menontonnya. Seolah-olah seorang pelajar bercinta dengan orang yang dewasa adalah perkara normal hakikatnya adalah tidak.

JALAN CERITA BERTERABUR, BANYAK UNSUR NEGATIF

Dapat dilihat dari reaksi netizen, mereka menyatakan jalan cerita Liyana Jasmay begitu berterabur. Malah unsur negatif terlalu kuat dan bakal menjejaskan emosi masyarakat. Ini berikutan tema cerita sangat berat untuk dipertontonkan kepada umum khasnya.

Dalam ada yang tidak bersetuju dengan cerita ini, ada segelintir menyokong bahawa kisah tersebut adalah realiti dan sudah pun terjadi dalam masyarakat kita dewasa kini. Mungkin idea Liyana Jasmay adalah untuk memaparkan keadaan sebenar semasa.

IBU BAPA PERLU BERI LEBIH PERHATIAN KEPADA ANAK-ANAK

Apa pun pendapat terletak pada diri masing-masing. Dari sudut negatif memang lah drama ini menyatakan perkara buruk buat budaya pelajar SPM dan juga lelaki berumur.

Jika dipandang dari sudut pos1tif, ianya memberi peringatan kepada ibu bapa agar memantau tindak tanduk anak-anak seharian. Jangan terlalu did3dahkan dengan wang ringgit sehingga sanggup gadai segalanya.

Lagi pun perkara ini bukan karya suka-suka bahkan sudah pun terjadi dalam kehidupan anak muda kita sekarang. Suka diingatkan kepada ibu bapa agar prihatin dengan pergerakan anak-anak terutama yang baru nak kenal dunia.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Info Meecks

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Banyak Tak Kena! Drama The Gadis Karya Liyana Jasmay Und4ng Rasa Kurang Selesa Netizen. Ini Puncanya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*