Mendapat Pujian Dari Netizen Sebagai Wanita Paling Cantik, Ini Reaksi Padu Fazura

Pelakon Fazura atau nama penuhnya Nur Fazura Sharifuddin ada memuat naik beberapa keping foto di akaun Instagram miliknya, beberapa hari lalu.

Menerusi entri berkenaan, bintang filem Manisnya Cinta Di Cappacoddia itu telah menitipkan kata-kata positif bersama pengikutnya sambil memperaga persalinan kaftan yang dikenakan.

“Assalamualaikum. Cantik tak kaftan rekaan peribadi bonda @profmuhayaofficial untuk Faz? Faz dan Bonda sememangnya percaya pada kuasa yang ada pada kata-kata positif kerana setiap perkataan yang kita baca dan ungkapkan akan memberi impak kepada pemikiran serta perasaan kita.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Me after washing my hands 33 times a day. ✨ #washyourhands #staysafe #stayathome

A post shared by Nur Fazura (@missfazura) on

“Kepentingan kata-kata yang baik boleh menentukan emosi kita yang menyumbang kepada keharmonian, kegembiraan, ketenangan, sifat bersyukur serta hati yang baik.

“InsyaAllah. Terima kasih buat Bonda tersayang atas hadiah kaftan yang cukup istimewa ini. Sayang sangat pada Bonda. Faz juga ingin mengucapkan Terima kasih buat @tudungruffle kerana menghadiahkan Faz, tudung bawal yang bukan satu tapi 13 warna yang sangat cantik untuk Faz.

“Semoga dilimpah kurniakan lagi rezeki buat keluarga @tudungruffle .

Selain itu, Fazura turut momohon maaf andai ada tersalah bahasa dan perbuatan kepada semua pengikutnya selain mengharapkan kerehdaan Allah S.W.T di bulan ramadan tahun ini.

“Bersempena sambutan bulan Ramadhan yang mulia lagi barakah ini.. saya, Nur Fazura ingin mengambil kesempatan ini dengan hati yang luhur ikhlas untuk memohon ampun dan maaf jika ada tersalah bahasa, perbuatan mahupun kesilapan yang disedari dan tidak disedari.

“Doa Faz semoga kita dapat menjalani ibadah puasa ini dengan sebaik-baiknya dan mendapat keredhaan Allah SWT.. Amin Allahuma Amin. Salam Ramadhan Al Mubarak.,” tulisnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Assalamualaikum. Cantik tak kaftan rekaan peribadi bonda @profmuhayaofficial untuk Faz? Faz dan Bonda sememangnya percaya pada kuasa yang ada pada kata-kata positif kerana setiap perkataan yang kita baca dan ungkapkan akan memberi impak kepada pemikiran serta perasaan kita. Kepentingan kata-kata yang baik boleh menentukan emosi kita yang menyumbang kepada keharmonian, kegembiraan, ketenangan, sifat bersyukur serta hati yang baik.. InsyaAllah. Terima kasih buat Bonda tersayang atas hadiah kaftan yang cukup istimewa ini. Sayang sangat pada Bonda. Faz juga ingin mengucapkan Terima kasih buat @tudungruffle kerana menghadiahkan Faz, tudung bawal yang bukan satu tapi 13 warna yang sangat cantik untuk Faz. Semoga dilimpah kurniakan lagi rezeki buat keluarga @tudungruffle . Bersempena sambutan bulan Ramadhan yang mulia lagi barakah ini.. saya, Nur Fazura ingin mengambil kesempatan ini dengan hati yang luhur ikhlas untuk memohon ampun dan maaf jika ada tersalah bahasa, perbuatan mahupun kesilapan yang disedari dan tidak disedari. Doa Faz semoga kita dapat menjalani ibadah puasa ini dengan sebaik-baiknya dan mendapat keredhaan Allah SWT.. Amin Allahuma Amin. Salam Ramadhan Al Mubarak. 🤲🏻💖✨

A post shared by Nur Fazura (@missfazura) on

Dalam pada itu, terdapat seorang peminat yang telah memberi pujian dan menyifatkan Fazura sebagai seorang wanita paling jelita.

“Fazura ur absolutely the prettiest woman ever,” tulisnya.

Lantas, bintang berusia 36 tahun itu membalas komen tersebut dengan penuh mesra.

“Allahuakbar.. Cantik itu hanyalah Allah SWT. Love to you dear,” balas Fazura.

Dalam perkembangan lain, Fazura kini sedang hamil 4 bulan selepas dua tahun mendirikan rumah tangga bersama pelakon, Fattah Amin.

 

 

Foto: Instagram Fazura

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: MH 

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Mendapat Pujian Dari Netizen Sebagai Wanita Paling Cantik, Ini Reaksi Padu Fazura"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*