Saya Malu Sebenarnya Dengan ‘Orang Melayu Islam’ – Neelofa Mula Bersuara,Ini Kata Kata Neelofa Pada Ustaz Ebit Lew

Kisah penceramah bebas, Ustaz Ebit Lewyang menjadi m4ngsa dari individu yang berhasad de3ngki mendapat perhatian masyarakat. Manakan tidak, ada ura-ura mengatakan individu yang membuat aduan kepada pihak polis tentang kegiatan Ebit merupakan seseorang yang bergelar Ustaz.

Isu ini turut mendapat perhatian dari selebriti seperti Sharnaaz Ahmad, Harith Iskandar, Qi Razali dan ramai lagi. Rata-rata mereka mengharapkan Ebit tidak putus asa dan meneruskan usaha-usaha dakwah serta membantu mereka yang memerlukan.

Via IG Neelofa

Harapan itu juga diluahkan oleh usahawan terkenal, Neelofa, malah dia memuji usaha dilakukan Ebit kerana memberikan inspirasi kepada semua orang untuk membantu golongan susah.

Menurut Neelofa, dia malu dengan segelintir orang melayu Islam yang bergelar Ustaz tapi tidak mencerminkan Islam.

“Saya doa agar Allah tinggikan darjat ustaz di sisiNya. Saya malu sebenarnya dengan ‘orang melayu Islam’ tertentu yang bergelar ustaz tapi tidak mencerminkan Islam.

“Gelaran USTAZ terlalu besar untuk digalas, Jangan nila setitik rosak susu sebelanga. Semoga saya juga mampu membantu orang ramai dengan wang ringgit, tenaga dan masa seperti Ustaz.”- tulisnya di Insta-story

Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa binti Mohd Noor,  berkata demikian sebagai mengulas keputusan Ebit Lew untuk berehat daripada memberi bantuan secara langsung kepada golongan yang memerlukan itu.

sumber: Murai

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : transformasi.pw

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Saya Malu Sebenarnya Dengan ‘Orang Melayu Islam’ – Neelofa Mula Bersuara,Ini Kata Kata Neelofa Pada Ustaz Ebit Lew"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*