Selepas Balik Jalan Kaki Dr KL Ke Kelantan, Ini Yang Dilakukan Oleh Mat Noe

“SAYA nek4d pulang ke kampung semalam kerana sudah kehabisan wang untuk meneruskan hidup di Shah Alam,” kata Muhamad Noor Ramlee.

Muhamad Noor, 29, memberi reaksi itu ketika ditanya tujuannya berjalan kaki pulang ke kampung halamannya di Tanah Merah, Kelantan.

Kisah itu mendapat perhatian selepas Muhamad Noor berkongsi pengalamannya berjalan kaki menerusi hantaran dan aplikasi Live di Facebook (FB), hari ini.

Bercerita lanjut, bapa tiga anak itu berkata, dia bekerja sebagai tukang masak di Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Shah Alam serta tinggal di asrama disediakan majikan di Seksyen 7.

Namun, dia mengambil keputusan pulang kerana tidak mampu menyara diri dan nek4d ke Terminal Bas Bersepadu Selatan (TBS), semalam, berbekalkan wang RM100 yang ada disimpannya.

“Sebaik tiba di TBS, saya dimaklumkan tiada tiket bas menghala ke Pantai Timur dijual dan ikutkan mahu bermalam di terminal saja tetapi tidak dibenarkan pihak pengurusan.

“Jadi, saya ambil keputusan membeli tiket bas ke Gopeng, Perak dan bertolak jam 6 petang sebelum tiba jam 9 malam.

“Namun, saya hanya memulakan perjalanan pulang ke kampung dengan berjalan kaki pada jam 7 pagi tadi bermula dari Pusat Transformasi Luar Bandar Gopeng, Ipoh,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

Berkongsi pengalaman, Muhamad Noor berkata, dia cuba menahan kenderaan termasuk lori untuk mendapatkan bantuan pulang ke kampungnya.

Bagaimanapun, katanya, tiada yang berhenti untuk menumpangkannya.

Malah, Muhamad Noor berkata, keluarga terutama isterinya, Siti Noor Fateng Sefeai hanya mengetahui tind4kannya itu selepas dia memuat naik hantaran dan berkongsi pengalaman di FB.

“Mulanya isteri tidak tahu tetapi dia ada menghubungi saya selepas menonton siaran ‘Live’ di FB kerana risau.

“Saya cuba menahan kenderaan tetapi tiada satu pun yang berhenti mungkin kerana mereka takut untuk menumpangkan saya.

“Walaupun lap4r dan dahaga, saya cuba bertahan untuk berpuasa tetapi akhirnya terpaksa berbuka dengan minum air tengah hari tadi,” katanya.

JALAN KAKI SEOLAH HALIMUNAN

Menurutnya, dia berdepan dua sekatan jalan raya di Gopeng dan Ipoh namun tidak dikenakan tind4kan.

“Setibanya di Gerik, ada sebuah lori berhenti dan mujurlah pemandunya sudi menumpangkan saya dan kami menyambung perjalanan selepas waktu berbuka tadi.

“Diharap saya dapat tiba di rumah malam ini.

“Ini kali pertama saya jalan kaki sejauh ini dan tidak sangka kisah ini mendapat perhatian ramai,” katanya.

Sementara itu, isterinya, Siti Noor Fateng ketika dihubungi berkata, dia tidak tahu suaminya nekad berjalan kaki sehingga melihat hantaran dan video di FB.

“Masa dapat tahu saya terus hubungi dia untuk mengetahui keadaan sebenar.

“Kemudian kami sekeluarga terus ke balai polis untuk memohon surat pelepasan bagi mengambilnya di Gerik.

“Namun, kami tidak mendapat keizinan dan pasrah, cuma berharap dia pulang dalam keadaan selamat,” katanya.

Selamat Sampai, Bersiap  Ke Hospital

Dalam perkembangan terkini, Mat Noe telah pun selamat sampai ke rumah dan sedang bersiap menuju ke hospital untuk melakukan saringan. Menurut Mat Noe kali ini dia tidak akan berjalan untuk ke hospital

SU Dato Mustapa Mohamed Bantu

“ALHAMDULILLAH .. JAM 11 MALAM TADI SELAMAT SAMPAI RUMAH … TERIMA KASIH PADA YANG MENDOAKAN ,MEMBERI BANTUAN .. TERUTAMA SEKALI TERIMA KASIH KEPADA S/U SULIT DATO’ PA SAUDARA Ahmad Nazree Ramli DIATAS SUMBANGAN YANG DIBERIKAN ,.BELIAU BANYAK MEMBANTU PERJALANAN SAYA ..” tulis Mat Noe

Menurut Mat Noe lagi, anak ialah antara sumber kekuatan untuk dia sanggup berjalan kaki pulang ke Kelantan. Berikut antara perbualan Mat Noe dengan anak no 2 dia melalui panggilan video yang buat ramai sayu

Dalam pada itu Isteri kepada Mat Noe, Sara Anisa melahirkan rasa sykur tidak terhingga kerana suami tersayang telah pun selamat sampai ke rumah mereka dan dia berterima kasih kepada semua pihak yang sudi membantu memudahkan urusan suami untuk pulang

“Alhamdulillah.selamat sampai rumah dah. terima kasih yang mendoakan dan yang byak membantu kami.tq” tulis isteri Mat Noe

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: MB

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Selepas Balik Jalan Kaki Dr KL Ke Kelantan, Ini Yang Dilakukan Oleh Mat Noe"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*