Tudung Baru Vivy Yusof Did4kwa Cipl4k Jenama Lain Ini Penjelasan Vivy Yusof

Usahawan selebriti terkenal Datin Vivy Yusof menfikan dakw4an dia dan pasukannya dari dUCk telah mencipl4k rekaan jenama tempatan lain untuk koleksi terbaharu tudung yang bakal dilancarkan malam ini.

Kata Vivy, dia kec3wa apabila tudvhan itu datangnya daripada individu yang dikenalinya selama ini.

“dUCk dituduh mencipl4k rekaan orang lain lagi. Saya terima orang sering menudvh kami apabila ternampak adanya sedikit persamaan.

“Saya sentiasa akan diamkan diri dan biar mereka bersuara sampai letih. 

“Kebanyakan mereka adalah jenama tempatan yang saya sendiri bantu dari segi promosi. Bayangkan saya dituduh dan dimalukan mereka.

“Tapi kali ini datangnya daripada individu yang saya kenali,” ujarnya.

Jelas Vivy, dia dan pasukannya bekerja keras untuk menghasilkan koleksi tersebut begit juga konsep kempen yang disesuaikan dengan nama koleksi Artsy dUCk.

“dUCk tidak meniru sepertimana tuduhan yang dilemparkan dan termasuklah koleksi yang akan dilancarkan malam ini.

“Corak ini dibangunkan sendiri oleh kumpulan kami dan saya buktikan sekali paparan skrin emel pasukan kami dari Jun 2018.

“Mana mungkin saya menciplak koleksi yang dilancarkan oleh jenama terbabit pada Disember 2018?

“Dari sudut kempen pula, memandangkan ia merupakan The Artsy dUCk, kami rasa konsep yang dipilih adalah bersesuaian. Ramai yang buat konsep sama sebelum ini,” tambahnya.

Ujar Vivy lagi, dia terkilan apabila koleksi yang bakal dilancarkan untuk membantu anak-anak yatim diperkotak-katikkan sebegini.

“Saya harap dapat memberikan penjelasan kepada semua. Pasukan saya bekerja keras dan apabila dituduh begini, hati mereka luluh.

“Saya pun rasa sebegitu terutama apabila koleksi ini akan membantu anak-anak yatim yang memerlukan. Sampai hati orang menuduh bukan-bukan dan menyebarkan kebencian. Saya tak faham!

“Apa kata sama-sama membantu daripada menudvh. Sokonglah,” akhiri Vivy.

Kenyataan Vivy itu mendapat reaksi Nia Atasha yang mencadangkan agar pasukan Vivy berkerja lebih kreatif.

“Anda perlukan pasukan baharu yang lebih kreatif kerana yang ada sekarang meletakkan diri anda sepertimana sekarang. Fikir-fikirkan.

“Tak penat ke asyik dituduh sama berulang kali? Tak terfikirkah ada perkara yang tidak betul dalam organisasi anda? Tak buat kajian?

“Saya tidak suruh sesiapa memb0ikot The Artsy dUCk kerana ia untuk tujuan kebaikan. Tetapi isunya ini bukan kali pertama ia melibatkan paten.

“Kalau pasukan anda berkecil hati, apatah lagi saya yang berbisnes kecil-kecilan ini? Sebab kami tahu kami takkan menang kalau melawan kuasa yang anda ada.

“Hujungnya nanti anda akan mendapat untung dan memenangi hati rakyat dengan sumbangan yang diberikan.

“Anda akan tetap mendapat anugerah dan hidup anda akan tetap hebat,” tambah Nia.

Terdahulu, Nia menyatakan kekes4lan terhadap tindakan Vivy yang menciplak idea yang pernah dikeluarkan olehnya bersama sebuah jenama tempatan pada 2018.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: GEMPAK

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Tudung Baru Vivy Yusof Did4kwa Cipl4k Jenama Lain Ini Penjelasan Vivy Yusof"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*