Biasanya jawab soalan… hari ini Ismail Sabri hanya tersenyum wartawan wanita puji kemeja cantik, jual pantun ketika siaran langsung!

PIHAK persendirian mahupun mana-mana badan bukan kerajaan (NGO) disarankan menyalurkan bantuan mereka kepada penduduk di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) menerusi pusat operasi sahaja.

Menurut Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, perkara itu penting bagi menyelaraskan penyaluran bantuan agar ia berlaku secara adil dan saksama.

“NGO terutamanya dan orang persendirian yang ingin memberikan makanan kepada mereka di PKPD, saya menyarankan supaya mereka menghantar ke pusat-pusat operasi yang dibuka di setiap PKPD tersebut. Melalui pusat operasi, ia akan diedar oleh petugas barisan hadapan.

“Tujuan kita supaya ia dapat dipantau dari segi pengagihan tersebut. Saya difahamkan, ada saya pergi baru-baru ini dan jumpa satu NGO.Dia menghantar (bantuan) sampai ke dalam.

“Dia kata, ada yang telah mempunyai barangan dalam rumah. Dah ada orang hantar sebelum itu. Tetapi kalau hantar secara persendirian, tidak melalui pusat operasi, jadi pusat operasi tak tahu mereka telah terima bantuan.

“Dan kalau ada NGO lain datang, mungkin dia hantar ke rumah sama. Jadi akhirnya mungkin ada tak dapat, ada yang dapat berlebihan,” ujarnya menerusi sidang media harian pada Khamis.

Jelasnya lagi, bantuan sepatutnya dihantar ke pusat operasi agar proses agihannya dapat diselia secara sama rata kepada setiap penduduk yang terjejas akibat PKPD.

Melalui pusat operasi, bantuan akan diedar oleh petugas barisan hadapan.

Turut mencuri tumpuan dalam sidang media itu, seorang wartawan wanita tampil memuji kemeja batik yang digayakan Ismail sewaktu sesi soal jawab (Q&A).

Di kemudiannya sekali lagi berseloroh apabila mengakhiri soalan yang dikemukakan dengan serangkap pantun.

“Datuk saya ada pantun ya. Dua tiga kucing berlari, manakan sama si kucing belang. Satu dua soalan sudah saya beri, haa Datuk Seri mohon jawapan bernas sekarang,” ujarnya.

Ismail yang tersenyum kemudiannya hanya menjawab ringkas sambil ketawa kecil: “Kelemahan saya, saya tak pandai berpantun.

Dalam sidang media sama, Ismail turut memperincikan data semasa operasi harian Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia.

Pada Rabu sahaja, 828 sekatan jalan raya dilakukan di seluruh negara ke atas 633,821 kenderaan.

Malah, pihak berkuasa turut memerika lebih 6,203 premis pada hari sama.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Mstar

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Biasanya jawab soalan… hari ini Ismail Sabri hanya tersenyum wartawan wanita puji kemeja cantik, jual pantun ketika siaran langsung!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*