Pernah Tidur Di Kaki Lima KLCC, Nazim Othman Dedah Kisah Hidup Ketika Kali Pertama Hijrah Ke Kuala Lumpur

PELAKON, Nazim Othman berkongsi pengalaman hidup ketika kali pertama berhijrah ke Kuala Lumpur untuk hidup berdikari.

Nazim, 36, berkata dia pernah tidur di kaki lima, tempat letak kereta dan menyewa bilik.

“Daripada zaman mentah datang KL seorang diri konon nak berdikari. Pertama kali masuk KLCC gembira yang tak tahu macam nak gambarkan.

“Teringat kenangan menyewa bilik setinggan di belakang Hotel Istana. Setiap hari berjjalan kaki empat kilometer nak pergi kerja hotel di depan kelab Zouk yang lama (Hotel Maya dulu nama Park Plaza).

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Dok ralit tengok video ni, teringat pulak kisah-kisah lama. Daripada zaman mentah datang KL sorang-sorang konon2 nak berdikari, masuk KLCC first time happy macam mana ntah 😝 , pastu kenangan dok menyewa bilik setinggan kat belakang Hotel Istana .. jalan kaki 4KM hari-hari nak pegi keja hotel kat depan Zouk Club yang lama ( Hotel Maya dulu nama dia Park Plaza ) , pengalaman tido kat basement BSN depan hotel sampai polis kejut pukul 3 pagi ( mula-mula diorang ingat aku Mat Pit last-last diorang belanja Teh Tarik kat mamak sebab kesian ) 😅 … tak campur lagi pernah tido kat kaki lima KLCC. Zaman dulu la… eh memang banyak lagi la kenangan hidup kat KL. Orang nampak senang kita je, susah payah kita mendaki gunung kehidupan ni orang tak tak tau. Sebab tu aku sejenis tak kuasa dah nak fikir apa orang kata belakang aku, yang aku tau .. aku gigih.. walaupun zahirnya aku di mata diorang sekadar mat bunga acah-acah KPOP. 😌

A post shared by nazimothman (@nazimothman) on

“Pengalaman tidur di ‘basement’ BSN depan hotel sampai polis kejutkan jam 3 pagi. Mula-mula mereka ingat ‘Mat Pit’, akhirnya mereka belanja Teh Tarik di kedai mamak. Tak campur lagi pernah tidur di kaki lima KLCC. Itu semua zaman dulu. Memang banyak lagi kenangan hidup di KL,” katanya.

Menerusi perkongsian di Instagram itu, Nazim berkata apa yang dikecapi hari ini segalanya bermula dengan kesusahan.

“Orang nampak senang kita saja. Susah payah kita mendaki gunung kehidupan ini orang tidak tahu.

“Sebab itu aku sejenis tak kuasa nak fikir apa orang kata belakang aku. Apa yang aku tau, aku gigih. Walaupun zahirnya aku di mata mereka sekadar mat bunga acah-acah KPOP,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Malam terakhir bersama misai ke apa ntah nama dia…~

A post shared by nazimothman (@nazimothman) on

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: HM

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Pernah Tidur Di Kaki Lima KLCC, Nazim Othman Dedah Kisah Hidup Ketika Kali Pertama Hijrah Ke Kuala Lumpur"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*