Ramai tidak setuju PKP dilonggarkan, sebenarnya ini sebab kenapa PKP di Malaysia diberi kelonggaran

PUTRAJAYA: Malaysia berjaya memenuhi enam kriteria yang ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam menangani penul4ran COVI1D-19.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata antaranya ialah memperketatkan kawalan sempadan negara untuk mengelakkan kes import positif COVI1D-19.

“Kedua, negara berjaya mengawal pergerakan untuk mengurangkan kadar jangkitan dalam kalangan rakyat tempatan dan meningkatkan keupayaan fasiliti kesihatan.

“Selain itu keupayaan menjaga golongan berisiko seperti warga emas, pesaki1t yang dir4wat serta orang kurang upaya turut dipertingkatkan, selain melaksanakan amalan normal baharu dalam kehidupan seperti tidak berkumpul, tidak bersalam, penj4rakan sosial dan memakai penutup muka,” katanya.

Tambah Muhyiddin, kriteria keenam yang berjaya dipenuhi negara adalah pemerkasaan komuniti untuk menjaga kawasan yang tidak dijangkiti seperti zon hijau serta mengamalkan aktiviti normal baharu.

“BEBERAPA minggu lalu, kita bimbang jangki1tan ini (Covi1d-19) berlaku kenaikan tinggi.

“Disebabkan itu kita meminta penangguhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk beberapa minggu,” kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Bagaimanapun, beliau berkata, negara kini berada dalam fasa pemulihan berbanding ketika tempoh pelaksanaan PKP di peringkat awal dan berharap ia semakin baik.

“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memberikan nasihat (kepada kerajaan) sebelum tindakan seterusnya.

DR Noor Hisham Abdullah. FOTO BERNAMA

“Tujuan utama kita untuk melandaikan lekuk jangki1tan dan kita berjaya melakukannya serta membuat langkah mengekang sejak awal lagi,” katanya pada sidang media harian Covi1d-19 di Putrajaya, hari ini.

Beliau berkata, keputusan kerajaan melonggarkan PKP fasa empat seperti diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin disebabkan kejayaan semua pihak melandaikan jangki1tan Covi1d-19.

Katanya, pada awal pelaksanaan tiada impak ekonomi berlaku dan keputusan terbaharu dibincangkan secara kolektif oleh semua pihak terbabit.

KUALA LUMPUR: Enam kriteria utama perlu diambil kira untuk menentukan sama ada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disambung atau tidak.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata bagaimanapun pihaknya hanya memberi pandangan, sumber diperlukan dan data kepada Perdana Menteri sebelum PKP diputuskan bersambung atau tidak.

“Kriteria pertama ialah kawalan sempadan yang penting untuk mengelakkan kes import berlaku dan perkara ini kita belajar daripada negara lain.

“Kriteria kedua, kawalan pergerakan untuk memastikan tiada rakyat tempatan dijangki1ti dan pentingnya untuk rakyat berada di rumah.

“Kriteria ketiga pula adalah berkenaan peningkatan fasiliti kesihatan, manakala kriteria keempat ialah keperluan menjaga golongan berisik0 seperti warga emas, pesaki1t yang dir4wat serta orang kurang upaya (0KU),” katanya.

Dr Noor Hisham berkata, kriteria kelima pula adalah mengenai mengadaptasi normal baharu dalam kehidupan seperti tidak berkumpul, tidak bersalam, penjarakan sosial dan memakai pelindung muka yang perlu dilakukan masyarakat hari ini.

“Kriteria keenam ialah pemerkasaan komuniti yang penting untuk menjaga kawasan yang tidak dijangkiti seperti zon hijau serta mengamalkan aktiviti normal baharu,” katanya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber Bharian via HMTPRESS

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Ramai tidak setuju PKP dilonggarkan, sebenarnya ini sebab kenapa PKP di Malaysia diberi kelonggaran"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*