Baru Je PM Umum Syarat PKP dilonggarkan , ini yg berlaku kpd rakyat Malaysia

Semalam, Perdana Menteri mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) membenarkan orang awam melakukan aktiviti sukan dan riadah.

Justeru, dilihat kini rakyat Malaysia sudah mula keluar dan melakukan aktiviti riadah seperti keluar Jogging dan bersenam di kawasan sekitar kediaman.

Ada yang dah keluar jogging

Namun, dalam pada syarat pergerakan mula dilonggarkan, kita juga harus ingat bahawa sentiasa mengikuti SOP yang telah ditetapkan dalama aktiviti seharian kita.

SOP kena jaga yer saudara saudari

Seperti di dalam ucapan PM semalam, aktiviti-aktiviti sukan yang melibatkan perhimpunan ramai, sentuhan badan dan lain-lain ri1siko jangk1itan juga tidak dibenarkan.

“Jadi, saudara-saudari boleh bermain badminton atau tenis di luar tanpa penonton…”

Malah, Jogging, kayuhan basikal, golf dan larian dalam kumpulan kecil tidak melebihi 10 orang juga dibenarkan dengan syarat anda mengamalkan penjarakan sosial dan elakkan sentuhan badan.

Rakyat Malaysia didakwa dah mula bers3sak di luar?

Diharapkan orang ramai mematuhi syarat yang telah ditetapkan, kerana buat masa sekarang kita masih lagi dalam usaha untuk memutuskan rantaian Cov1id-19.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini memaklumkan, hampir semua aktiviti ekonomi akan dibenarkan beroperasi secara terkawal dan berhati-hati menjelang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bermula 4 Mei ini.

Namun begitu, rakyat Malaysia diingatkan untuk tetap mematahui pelaksanaan PKP fasa ke empat ini masih lagi berlangsung sehingga 12 Mei 2020. Rakyat masih tidak boleh sewenang-wenangnya melaksanakan aktiviti dalam kelompok yang besar dan sentiasa menjaga jarak sosial serta mengamalkan new normal ketika berada diluar rumah.

“Baru je umum dah macam ni…”

Di Twitter, terdapat beberapa keping gambar mengatakan rakyat Malaysia sudah mulai alpa untuk melakukan penjarakan sosial dan berpusu-pusu berada di luar rumah.

Terdapat juga laporan yang mendakwa, jalan raya kini mula dipenuhi dan sesak dengan kenderaan.

“Naik lagi lah lepas ni…”

Perkongsian tersebut sudah semestinya menimbulkan rasa tidak senang kepada pengguna laman tersebut. Tetapi, ada juga yang menyangkal dakwaan terbabit dan mengatakan di kawasan itu sememangnya ramai penduduk.

S3ram! Aznil Beri Bayangan Kelonggaran PKP Bakal Ikut Jejak Jepun

Agak menyeramkan apabila rakyat Malaysia akan bebas untuk ke sana ke sini di saat negara belum benar-benar puli1h dari wab4k Covi1d-19. Begitulah yang disuarakan oleh hos dan selebriti popular Aznil Hj Nawani atau lebih mesra dipanggil Pak Nil.

Menerusi posting terbaru di Instagram, beliau memuatnaik keratan akbar mengenai isu yang melanda di negara Jepun. Difahamkan kawasan utara di pulau Hokkaido, Jepun dilanda gelombang kedua jangk1itan COVI1D-19 selepas tempoh lockdown berakhir lebih tiga minggu lalu.Menurut Daily Mail, selepas 26 hari berlalu, wabak itu kini kembali muncul semula dengan mencatatkan kira-kira 135 baharu pada minggu ini.

Pengerusi Persatuan Perubatan Hokkaido, Dr. Kiyoshi Nagase meluahkan rasa kesal sepatutnya mereka tidak perlu menghentikan darvrat pertama negara (lockd0wn).

“Bagitau Kat Orang Atasan Please“

Menerusi kapsyen yang ditulis , Pak Nil menasihat orang ramai supaya faham dengan situasi yang berlaku pada saat ini dan memohon orang atasan supaya peka.

“Tak pandai cakap omputihlah. Boleh yg bijak pandai tolong terjemahkan dan bagi tau kat orang atasan please”

Rata-rata peminat bersetuju dengan kenyataan Pak Nil termasuk penyanyi, Nourul Depp yang meluahkan rasa geram terhadap keputusan ini.

Dari sisi lain, PKPB sebenarnya bergantung kepada rakyat untuk berfikir sebaik yang mungkin. Mungkin ramai yang tak sedar, PKP sebenarnya sudah mendidik kita supaya berdisplin untuk menjaga jarak sosial dan tidak keluar rumah .

Apa- apa pun kerajaan dah laksanakan tanggungjawab dengan jayanya, tiba pula masa rakyat untuk laksanakan tugas masing-masing jaga jarak, kerap cuci tangan

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: MB

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Baru Je PM Umum Syarat PKP dilonggarkan , ini yg berlaku kpd rakyat Malaysia"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*