PENYANYI Syura Badron mengakui perkongsian mengenai doa orang dianiaya yang dimuat naik di Instagramnya mempunyai kaitan dengan isu tidak menerima tunggakan bayaran daripada penerbit teater Korupsi Dewan Semandung.
Menurut Syura atau Zuraidah Badron, 34, tujuan dia berkongsi perkara itu bukan kerana ingin membuka a1b mana-mana pihak namun hanya menuntut haknya dan rakan-rakan selebriti serta kru yang terlibat dalam pementasan tersebut.
“Saya memang terasa diani4ya dan itu yang saya rasa sebagai seorang artis yang sudah menjayakan teater itu seperti yang diminta. Walaupun saya terlibat pada saat akhir tapi saya sudah jalankan tanggungjawab.
Syura memuat naik doa orang dianiaya di Instagram.
“Mungkin ada pelakon dan kru yang sudah menerima 30 peratus tapi sehingga kini saya hanya dapat 6 peratus dan ada yang masih belum menerima apa-apa pembayaran yang mana mengikut perjanjian kontrak, bayaran 60 peratus patutnya sudah diterima satu hari sebelum persembahan berlangsung.
“Pada mulanya saya dan beberapa rakan artis yang terlibat tidak mahu hebohkan perkara ini atau membuka a1b memandangkan nama kak Ogy sangat besar dalam industri malah dia juga seorang yang disegani dalam dunia lakonan.
“Tapi sudah hampir dua bulan kami tidak menerima bayaran penuh yang sepatutnya dalam perjanjian kontrak perlu diberikan pada 16 Mac lalu. Jadi, apa yang saya dan rakan lain buat untuk tuntut hak kami sahaja,” katanya kepada mStar.
Atas dasar hormat dan percaya, saya pada mulanya tak kisah teruskan lakukan persembahan pementasan itu tanpa diberi bayaran seperti yang dijanjikan.
SYURA BADRON
PENYANYI DAN PELAKON
Menerusi laporan mStar pada Jumaat, penulis skrip teater itu iaitu Aloy Paradoks mendedahkan dia masih belum menerima baki tunggakan bayaran daripada penerbit Fauziah Ahmad Daud atau Ogy.
Enggan membiarkan isu itu terus menjadi polemik dalam kalangan netizen dan penggiat seni, Ogy tampil mengakui kebenaran mengenai rungutan yang disuarakan Aloy.
Ogy menjelaskan dia berhadapan dengan masalah kewangan menyebabkan sehingga kini tidak dapat memberi bayaran seperti yang dijanjikan kepada pelakon dan kru terlibat dalam pementasan tersebut.
Dalam pada itu, Syura meluahkan rasa terkilan dengan sikap Ogy yang dilihat berdiam diri selepas didesak untuk bayaran tersebut pada Khamis.
Dedah Syura, ada beberapa rakan selebriti yang sudah membuat laporan polis berhubung isu tersebut dan dia juga akan turut mengambil langkah yang sama.
Barisan pelakon dan pengarah teater tersebut.
“Atas dasar hormat dan percaya, saya pada mulanya tak kisah teruskan lakukan persembahan pementasan itu tanpa diberi bayaran seperti yang dijanjikan. Tapi tak sangka pula akhirnya boleh jadi begini.
“Tapi saya kecewa sebab kak Ogy hanya berdiam diri tanpa memberitahu apa-apa selepas kami mendesaknya untuk melunaskan bayaran tersebut sejak Khamis sehingga sekarang.
“Saya difahamkan ada beberapa rakan artis yang sudah membuat laporan polis dan Insya-Allah saya juga akan melakukan perkara yang sama dalam masa terdekat. Harapan saya, isu ini boleh diselesaikan cepat,”ujarnya.
Selain Syura, teater arahan Khir Rahman yang ditayangkan pada 28 Februari hingga 1 Mac lalu di Istana Budaya itu dibintangi Joey Daud, Vicha, Mark Adam, Tauke Jambu, Che Mat, Chiwan, Tapai dan Sharif Zero.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber: MSTAR
Be the first to comment on "“Saya Rasa Seperti Dianiaya!” – Syura Badron Kecewa Dengan Sikap Kak Ogy Yg Dilihat Berdiam Diri Selepas Didesak"