‘Dikatakan mahu berg4duh’ Vicha, Syura buka ‘rahsia’ Ogy yg ramai tak tahu

KUALA LUMPUR: Pelawak dari Indonesia, Vicha menjelaskan tindakan bersuara mengenai isu bayaran pelakon dan kru teater, Korvpsi Dewan Semandung bukan untuk memburvkkan penerbit, Syarikat Ogy Ventures & Network milik Fauziah Ahmad Daud.

Vicha yang mend4kwa belum menerima baki bayaran sebanyak 70 peratus berkata, langkah memuat naik entri di laman sosial dibuat bagi menuntut hak semua pihak.

“Saya bukan hendak memburvk atau mencari g4duh dengan Kak Ogy. Saya dan teman-teman mahukan hak kami.

“Baki yang belum dijelaskan bukannya sedikit. Kalau RM1,000 atau RM2,000 saya boleh bertimbang rasa lagi… Ini lebih banyak daripada itu,” katanya kepada BH Online.

Sejak minggu lalu, isu bayaran pelakon dan kru teater komedi ser4m, Korvpsi Dewan Semandung yang dipentaskan di Istana Budaya (IB), Februari lalu, hangat diperkatakan apabila seorang demi seorang tampil bersuara.

Fauziah atau mesra disapa Ogy bagaimanapun menjelaskan, semua bayaran tertunggak akan dibayar seperti dijanjikan.

Vicha berkata, dia dan barisan pelakon termasuk kru melakukan yang terbaik bagi menjayakan pementasan itu.

“Kami memberi komitmen yang tinggi. Dari jam 9 pagi hingga tengah malam kami berlatih di IB.

“Tahulah Kak Ogy, kalau lambat sikit, dia mar4h dan ditegur tidak berdisiplin. Dia cakap kalau sudah masuk kawasannya, kami semua kena akur dengan arahan.

“Kami ikut apa yang diarah. Kami tidak ambil tawaran kerja lain bagi memberi yang terbaik,” katanya.

Mend4kwa pernah mendengar cerita mengenai kerenah Fauziah, Vicha mengaku menerima tawaran kerana pengarahnya, Khir Rahman.

Vicha yang mencari rezeki di Malaysia sejak 2011, mengaku isu tunggakan bayaran itu memberi k3san kepada pendapatannya.

“Saya ada keluarga untuk ditanggung di Indonesia. Setiap bulan mereka menunggu wang daripada saya.

“Apabila tiada wang, kasihan mereka tidak dapat mengurus hidup dengan baik.

“Apatah lagi pada bulan puasa, selalunya, anak-anak datang ke Kuala Lumpur. Namun, disebabkan COV1ID-19, mereka tidak boleh datang. Saya juga tidak boleh pulang beraya.

“Sudahlah tidak dapat balik, sekurang-kurangnya saya mahu beri mereka belanja menyambut Ramadan dan Syawal,” kata ibu kepada tiga anak perempuan ini.

Vicha atau nama penuhnya, Refika Novianti Faturohman, 32, berkata, dia menjual bakso bagi menampung kehidupan apatah lagi pada waktu mencabar ini.

“Alhamdulillah, saya ada perniagaan yang boleh membantu. Cuba fikir pelakon dan kru yang bergantung kepada kerja seni. Tidakkah kasihan, tiada belanja hingga perlu meminjam daripada orang lain,” kata bekas anggota kumpulan Saywho ini.

PENYANYI dan pelakon, Syura Badron, 33, mengaku dia berasa tert1ipu dan kecewa dengan janji manis diberi penerbit teater Korupsi Dewan Semandung iaitu Fauziah Datuk Ahmad Daud atau Ogy.

Syura atau nama sebenar Zuraidah Badron berkata daripada jumlah bayaran dijanjikan, dia baru memperoleh enam paratus saja dan bakinya ada 94 peratus lagi.

“Malu nak cakap jumlah enam peratus tu mewakili berapa banyak bayarannya. Cuma, apa yang boleh dikatakan, saya k3sal dan terkilan dengan sikap Ogy yang tidak menepati janji.

“Saya terima tawaran untuk terbabit dalam teater Korupsi Dewan Semandung itu kerana teruja nak bekerja dengan produksi milik primadona terkenal tanah air sepertinya.

“Ogy Ahnad Daud, siapa yang tidak kenal dalam industri, dia sangat dikagumi, nama besar dan pengalaman sangat banyak. Tapi, begini pula jadinya.

“Masalah bayaran ini sebenarnya sudah dapat dik3san awal, tetapi bila saya bertanya kepada penolong penerbit, jawapannya Ogy maklumkan saya akan dibayar penuh selepas dua minggu pementasan selesai iaitu 16 Mac lalu.

“Jika ikutkan kontrak yang diberi pun, bayaran awal diterima selepas bersetuju adalah 30 peratus, diikuti 30 peratus lagi dibayar sehari sebelum persembahan dan 40 peratus bakinya selepas dua minggu pementasan berakhir,” katanya.

Apapun, Syura berkata ia hanya janji manis sahaja apabila bayaran enam peratus itu pun diperolehnya selepas menunggu lebih sebulan sesudah pementasan berakhir.

“Dalam hal ini, sebagai penerbit, Ogy sepatutnya sudah menjelaskan lebih awal bahawa syarikatnya berdepan dengan masalah kewangan. Namun, dia tidak berbuat demikian.

“Perkara tidak akan jadi besar sebegini jika dia berjumpa dengan semua pelakon secara bersemuka dan memberikan penjelasan yang wajar. Memang tanggungjawab penerbit pun untuk membayar urusan kerja yang sudah selesai dibuat,” katanya.

Ujar Syura, jika dia nak bercerita lanjut mengenai perkara itu, memang terlalu panjang. Cuma, katanya tolong bertanggungjawab kerana pelakon dan semua kru terbabit sudah memberi komitmen terbaik.

Menurut Syura lagi, ada juga segelintir warganet mempersoalkan kenapa tidak menjaga ai1b Ogy, katanya semua pelakon dan kru sudah bersabar terlalu lama dan bayaran dituntut itu adalah hak mereka apabla segala kerja diselesaikan.

Dalam teater itu, Syura dipilih menggantikan pelakon Hanna Halim pada saat akhir yang menuntut dia memberi komitmen penuh dengan berusaha menghafal dialog hanya dua hari.

Teater Korvpsi Dewan Semandung arahan Khir Rahman diterbitkan produksi Ogy Ventures & Network dan pementasannya pada 28 Februari hingga 1 Mac lalu di Panggung Sari, Istana Budaya (IB).

Selain Syura, barisan pelakon lain ialah Joey Daud, Tauke Jambu, Mark Adam, Man Raja Lawak, Azmi Caliph Buskers, Che Mat Raja Lawak dan ramai lagi.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : BH via HM

Apa komen anda?

Be the first to comment on "‘Dikatakan mahu berg4duh’ Vicha, Syura buka ‘rahsia’ Ogy yg ramai tak tahu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*