Kehilangan suami tercinta bukanlah suatu yang mudah untuk diharungi, apatah lagi baru beberapa tahun bergelar suami isteri.
Namun, buat isteri kepada Allahyrham Syed Umar Mokhtar atau lebih dikenali sebagai Abam Bocey, Nor Hidayah Mohd Ali, hidup mesti diteruskan demi kelansungan anak tunggal mereka, Syed Uthman Hamzah.
Hidayah atau lebih mesra dipanggil Dayah kini menjalankan perniagaan Kasih Chocolate dengan bantuan abangnya yang turut menguruskan perniagaan tersebut.
“Alhamdulillah syukur order masuk lagi. PA Dayah @sirazmier kata 10,000 biji Kasih Chocolate dayah kena buat utk customers.
“Terima kasih @sirazmier uruskan hal-hal order customers & postage serta akaun syarikat. Syukur pada Allah ramai yang beli & ramai yang repeat,” tulis Dayah di akaun Instagram miliknya.
Seperti di dalam setiap entri di Instagramnya, Dayah tidak lupa untuk mendoakan dan menghadiahkan Al-Fatihah buat arwh suaminya yang disayangi, Allahyrham Syed Umar Mokhtar.
Allahyrham Abam Bocey meninggal dunia pada 10 Februari lalu, dan meninggalkan seorang balu Nor Hidayah Mohd Ali serta seorang cahaya mata, Syed Uthman Hamzah.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber: GEMPAK
Be the first to comment on "Setelah Beberapa Bulan Pemergian Abam, Ini Yg Dilakukan Oleh Nor Hidayah Demi Kelangsungan Hidup Mereka"