“Isu Sail4ng Menyail4ng Ni Dari Zaman Atok Aku Lagi…,” – Henti Stigma ‘Lelaki Semua Sama’, Ini Nasihat MK K Clique Fasal Pasangan Cur4ng

Rapper, MK ada memberikan pendapatnya mengenai isu melibatkan pasangan cur4ng yang sering berlaku dalam masyarakat ketika ini.

Menurut anggota kumpulan K-Clique itu, kedua-dua belah pihak patut dipersalahkan tidak kira sama ada lelaki mahupun perempuan kerana jika tiada yang memulakan, tiada juga yang akan melayan.

“Isu sailang menyailang bf/gf orang ni dari zaman atok aku lagi ilmu dah diturunkan.

“Salahkan lelaki dan perempuan. 60% siapa start dan 40% siapa layan.

“Yang layak bersuara secara berlebihan cuma mangsa. Simple,” tulisnya.

Pendapat tersebut dikongsikan MK menerusi akaun Twitter miliknya.

Tambah MK lagi, stingma ‘lelaki semua sama’ haruslah dihentikan kerana segalanya terletak kepada keputusan individu.

“Kesimpulannya semua sama tak kira lelaki atau perempuan.

“Tindakan dan keputusan individu masing-masing yang menentukan.

“Tapi masih ada tapi tu guys , lelaki semua sama. Haha peace,” katanya lagi.

Memerusi ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju selain turut tidak menyangka bahawa MK juga pandai memberikan nasihat dalam perhubungan.

Sumber: Instagram MK K-Clique

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: MH

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Isu Sail4ng Menyail4ng Ni Dari Zaman Atok Aku Lagi…,” – Henti Stigma ‘Lelaki Semua Sama’, Ini Nasihat MK K Clique Fasal Pasangan Cur4ng"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*