Muat Naik Foto Nampak Baby Bump. Akhirnya Kak Lina Tampil Buka Mulut Dedahkan Sesuatu Buat Warganet Teruja.

Baru sahaja empat bulan bergelar kepada Cikgu Azlan, sebelum ini pelakon dan penyanyi Elly Mazlein dihujani pertanyaan daripada warganet sama ada dirinya sedang hamil berikutan badannya yang kelihatan berisi. Bagaimanapun, Elly menjelaskan badannya semakin berisi kerana sangat bahagia disamping suami dan anaknya. Muncul di program MeleTOP semalam, rata-rata penonton tertumpu pada bahagian perutnya yang dilihat seakan ada ‘baby bump’.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Elly turut memuat naik fotonya dan berseliroh mengatakan bahawa perutnya nampak buncit kerana menikmati hidangan makanan yang pelbagai dan disediakan oleh katering di tempat rakaman. Namun rata-rata warganet membuat spekulasi bahawa itu adalah baby bump dan mengatakan pengacara itu bakal bergelar ibu tidak lama lagi. 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Tajuk lebemmmm pinjam gaya @sherry_alhadad 😋😋😋 Love u awk @sherry_alhadad ♥️ . Tq buat @azuredzua sudi sediakn baju letopan utk kakak lina mlm td di #meletop . Rmi DM kakak lina Tanya psl baju ni.. Apa2 bole ke ig @azuredzualookbook @azuredzualookbook baju mmg LOVE 😍😍😍 . TQ juge buat my gorgeous @farahadibahismail byk mmbantu.. Love u @farahadibahismail & Amber ♥️♥️♥️ . Earring dari @ida_hanicomb yg x penah mngecewakn kakak lina.. Tq @ida_hanicomb 💎💎💎 . Tq smua buat kesayangan sudi to ton kami td.. ♥️♥️♥️♥️♥️ . Pewot moncet akibat mkn byk sedap namateyyyyyyyyy food dari @mastarcatering.official nasi daging Salai Masak Lemak, lamb BBQ, kuih dan sahabat handai memacam beria.. 🤣🤣🤣🤣🤣

A post shared by 💋SaraAzlan💋 (@iamellymazlein) on

Terdahulu, Elly berkata dia bersedia berkongsikan berita gembira kehamilannya apabila sampai waktunya nanti. Malah,  Elly juga pernah mengatakan dirinya tidak sabar memiliki cahaya mata bersama suaminya itu. Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih !

Sumber : Rotikaya/BSM

Muat naik foto suami tengah siapkan kerja. Tetapi tandas transparet yang jadi perhatian warganet. Tak sangka ini respon mengejut Kak Lina bila cakap pasal tandas.

Elly Mazlein atau lebih mesra dengan pangilan Kak Lina baru sahaja melangsungkan majlis perkahwinan bersama jejaka idamannya beberapa minggu yang lepas. Kak Lina yang memilih untuk merahsiakan identiti dan wajah sebenar papa awan nano sebelum majlis perkahwinannya membuatkan ramai teruja di hari pertama Kak Lina w4r w4rkan wajah jejaka idamannya itu.

Mana tak nya, kisah cinta mereka juga sangat romantik apabila Cikgu Azlan cuba menjadi gentleman mengorat Kak Lina. Alhamdullihah Kak Lina nampaknya cepat serasi dengan orang kelantan dari segi budaya makanan  orang kelantan.

Sempoi je Kak Lina makan budu, bergotong royong majlis sambut menantu di Kuala Krai kelantan sebelum ini. Terkejut juga apabila melihat Kak Lina dari keluarga bandar nampak tidak kekok dengan suasana kampung. Banyak gelagat sweet dan manja Kak Lina selepas berkahwin alhamdulillah pandai Cikgu Azlan membahagiakan Kak Lina kan.

Menerusi perkongsian dari instagram Kak Lina semalam, dia berkongsi satu gambar papa awan nano tengah siapkan kerja. Biasalah cikgu selalu bawa balik kerja sekolah di rumah kan. Tetapi yang menjadi isu di dalam gambar tersebut adalah keadaan tandas transparent di dalam bilik Kak Lina. Kerlass Kak Lina toilet terbuka macam buat Cikgu Azlan susah nak fokus buat kerja pulak.

Biasalah rata rata warganet sangat teliti bila bab memerhati habis di perhati dan membuat macam macam andaian. Gurauan warganet di sambut elok Kak Lina dan Kak Lina dengan sporting hanya menjawab ” itu hanya permainan ”

Pandai warganet memeriahkan keadaan kan, kadang kadang kehadiran warganet banyak yang baik dari tidak baik. Ramai saja yang suka Kak Lina bergurau benda benda yang baik yang kelakar dari memberi kritikan. Ada juga yang happy dan mendoakan artis kesayangan mereka.

Apa apa pun kebiasaan memang cikgu sekolah selalu bawa balik kerja sekolah buat di rumah kan. Tetapi kerja cikgu ini adalah kerja yang mulia. Terbaik Kak Lina memilih cikgu Azlan sebagai suami nampak sangat Cikgu Azlan sangat ikhlas dan baik melayani Kak Lina Sephia dan juga ayah Kak Lina. Semoga hubungan rumah tangga mereka sentiasa bahagia. Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : mStarkini

Tak sangka Elly Mazlein baru sedar yang selama ni dia yg terhegeh hegeh. Tak sangka kak Lina patah hati luah di ig

Gandingan pelakon dan penyanyi Elly Mazlein dengan pelawak Shuk Sahar sememangnya mencuit hati. Paduan mereka dalam mengacarakan Anugerah Skrin baru-baru ini menarik perhatian ramai dan menjadi bualan warganet di laman sosial.

Terbaru, menerusi kemas kini akaun Instagram milik Elly, penyanyi lagu Bungaku Bakawali ini seakan merajuk dengan Shuk. Elly memuat naik sekeping foto Shuk bersama pelakon Zulin Aziz yang mengenakan busana sedondon rona hijau bersama kapsyen panjang lebar.

” Hati ku menangis lg .. selama ni kite je tehegeh hegeh bangau dgn dia .. kite yg anta milo ikat tepi & bungkus nasi lemak sotong ikan bilis lebih utk dia .. akhirnya .. ni yg kite dpt” Dulu masa sukan sekolah ,kite la yg selalu blikan kat dia air oren dgn karipap” Masa hari kantin sekolah pulak, kite la yg selalu bg kupon utk bli nasi ayam”

Kite selalu tulis surat letak bedak , lepas tu esk pagi masuk kelas tingkatan 3 kekwa, kite siap letak dlm laci konon2 nak buat kejutan kat dia.. tgk la apa yg mama dpt skrg ni” Ni ke cara papa balas cinta mama yg hebat ni??” Walaupun muka papa mcm meja, mama trima papa seadanya” Papa ingat mama suke ke dgr bunyi kompang dlm conty @hotfm976 tu?” Papa @shuk_hotfm ingat meriah ke?”

Papa x pyh pujuk mama lg hokeyyyy .. tu je mama nak ckp” Mama akn kuatkn hati mama .. x akn temakan lg pujuk rayu papa” Kemain depan org pnggil mama mama mama .. rupanya smua org papa pnggil mama” Wahai kesayangan smua .. kakak lina nak tanya .. klu papa pujuk mama, perlu ke mama bg pluang ke 2 dkat papa?“Pecah kaca pecah gelas, sudah baca hrp balas…”

Sementara itu, entri Elly Mazlein itu seperti diduga akan mendapat reaksi Shuk. Menerusi ruangan komen itu juga, Shuk dilihat menulis komen beliau yang mencuit hati warganet lain. ” shuk_hotfm mama apa suma ni knapa judge hanya brdasarkan sekeping gambar yg x brmaksud pape cuba mama @iamellymazlein bertenang dan cari 5 perbezaan dalam gambar tu…” tulis Shuk

Rata-rata warganet tidak dapat menahan ketawa membaca entri Elly Mazlein itu dan lebih-lebih lagi ianya mendapat reaksi balas dari Shuk sendiri. Ada seorang warganet berkata, Shuk telah berlaku main kayu tiga dan pandai pula bagi ayat ‘cover line’. Apa lagi, kecoh ruangan komen penuh dengan gelak ketawa warganet yang nyata terhibur dengan Elly dan Shuk itu. Malah ada yang tidak sabar untuk menanti bila lagi mereka akan digandingkan semula sebagai pengacara.

Jom baca apa komen warganet di bawah

” fairytaste_kak lina @iamellymazlein ni part kupon xtahan tu. teringat sekolah dlu bangga beli makanan guna kupon. mcm2 kaler haha” ummi_ell mama sbar ye biarlah papa pegi kta cri papa bru nak nak ..1 umh kmi mnat awk mama.. hihi alahai comel nya mama merajuk” cikshera93 shuk ni da kawin kan? xkn bini shuk x terasa kot ber mama papa, hahahaha  jgn kritik tanya je.”

keylamawaryusoff Makin menjadi2 papa nie skrg kan..kt mna lagi kurangnya mama di mta mu papa?  Haha adoila lawak gila kak lina pompom dgn @shuk_hotfm” junehamzah Hahahahahaaa jgn bagi peluang mama oiiii…. tukar kunci umh sekali tau biar papa xleh masuk” nur_rereen Hahahahaha buat hatiku ni terhibur papa @shuk_hotfm pujuk la mama @iamellymazlein

Sefhia Sudah Ada ‘Papa’ Baharu

KUALA LUMPUR: Sekian lama menyendiri tanpa kehadiran lelaki di sisi, pelakon dan penyanyi, Elly Mazlein, 38, mengakui hatinya sudah dimiliki. Elly berkata, perkenalannya dengan jejaka berusia lewat 20-an kira-kira lima bulan lalu turut membawa kebahagiaan kepada anak tunggalnya, Putri Sara Sefhia Azmi yang baru mencecah usia dua tahun.

“Saya anggap hubungan kami masih terbatas sebagai kawan, memandangkan kami baru lima bulan berkenalan. Terlalu awal untuk saya katakan, kami sedang bercinta.“Namun, melihat keserasian dan penerimaan jejaka itu terhadap Sefhia membuatkan hati saya tersentuh. Selama ini, Sefhia tidak berpeluang merasai kasih sayang seorang ayah.

“Walaupun masih muda, dia matang. Dia juga sangat memahami dan mengambil berat terhadap saya dan anak. Saya tidak pernah rasa bahagia sebegini, malah lebih penting, Sefhia juga gembira,” katanya. Elly berkata, hatinya terbuka untuk mengenali lelaki itu dengan lebih rapat selepas memikirkan masa depan anaknya.

Melihat keakraban Sefhia dengan teman istimewanya itu, Elly berharap hubungan yang terjalin itu berkekalan dan membawanya kembali ke jenjang pelamin. “Kali pertama berjumpa, saya bawa Sefhia bersama. Memang pada mulanya, dia agak kekok, tetapi mereka cepat serasi hingga Sefhia memanggilnya papa.

“Ketika bercuti bersama Sefhia di Amsterdam, Belanda, baru-baru ini, dia asyik bertanyakan ‘papa’nya. Mujur panggilan video dapat mengubat kerinduan Sefhia terhadap ‘papa’nya itu,” katanya. Tidak kisah dipandang sinis apabila menjalin hubungan dengan lelaki yang jauh lebih muda, Elly berkata, dia selesa memekakkan telinga kerana dirinya juga berhak mengecapi bahagia.

“Saya Sekadar Mencari Rezeki & Buat Kerja Untuk Menjaga Amanah” – Elly Mazlein

Penyanyi dan pelakon Elly Mazlein meluahkan rasa syukur apabila percubaanya menjadi hos di Anugerah Skrin 2018 mendapat pujian daripada orang ramai Menurusi entri di Instagram (IG), Elly berharap agar mendapat banyak lagi tawaran untuk menjadi hos dalam sesebuah rancangan selepas ini.

“Terus rasa nak balik Kuala Lumpur sekarang juga. Thank You semua yang sudi menonton.“Saya sekadar mencari rezeki dan buat kerja untuk menjaga amanah saya iaitu Abah & Sefhia. “Semoga terus diberi peluang dan kesihatan yang baik, Insya Allah Amin.

“Terima kasih buat semua. Thank you sangat-sangat untuk @shuk_hotfm kerana banyak membantu. Semoga dapat mengehos bersama lagi, InsyaAllah,” tulisnya.Rata-rata memuji cara spontan Elly mengacara dan berharap dia diberikan peluang untuk mengendalikan sebuah rancangan suatu hari nanti.

Sedikit Biodata Elly Mazlein..

Sharifah Aida Mazlina binti Syed Hanafi atau lebih dikenali sebagai Elly Mazlein (lahir 17 Disember 1980) merupakan seorang penyanyi dan pelakon yang berasal dari Malaysia dan zodiaknya ialah Sagittarius. Beliau mengikat kontrak rakaman bersama NAR Records pada tahun 1997 dan telah melahirkan 4 buah album solo sepanjang 5 tahun kontrak berjalan.

Ketika bergelar penyanyi beliau sering dibandingkan dengan penyanyi remaja seangkatan seperti Siti Nurhaliza dan Liza Hanim. Biarpun begitu pada tahun 2001 beliau mencipta rekod tersendiri apabila album ketiganya yang berjudul Elly berjaya menjadi antara 10 buah album Malaysia terlaris pada tahun tersebut dengan jualan melebihi 60,000 unit.

Kejayaan itu mengulangi kejayaan album terdahulu yang berjudul Satu Persatuyang juga terjual mencecah 50,000 unit. Elly berjaya mempopularkan lagu-lagu seperti Usah Ditambah Bara Yang TersimpanJanji Kekasih dan Bungaku Bakawali yang ketika itu merajai carta radio tanah air. Pun begitu, karier nyanyiannya terhenti seketika pada tahun 2005 kerana faktor pasaran dan kontrak rakaman.

Elly yang mulanya dikenali sebagai penyanyi namun kini lebih dikenali sebagai pelakon setelah disunting oleh pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam untuk membintangi drama bersiri Gerak Khas. Sejak itu, Elly lebih dikenali sebagai pelakon, dan menempa nama sebagai antara pelakon TV wanita paling laris di Malaysia.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook .Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : gempak via NewcoViral

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: HMT

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Muat Naik Foto Nampak Baby Bump. Akhirnya Kak Lina Tampil Buka Mulut Dedahkan Sesuatu Buat Warganet Teruja."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*