Susulan isu wanita ditngkap khaIw4t ketika berada berada bersama suami dan anak, beberapa pihak tidak bertanggungjawab dikatakan cuba mengambil kesempatan menyebar cerita tidak betul.
Antaranya, terdapat individu cuba membuat ftnah dengan berkongsi gambar Siti Rohayu Ibrahim dengan lelaki yang dianggap seperti adik angkat sendiri.
Individu tersebut berkongsi gambar Rohayu dan adik angkatnya yang berpakaian sedondon ketika hadir ke majlis perkahwinan, malah cuba mempersoalkan hubungan sebenar mereka.
Rohayu tampil bersuara
” Saya dalam proses membuat pertimbangan sama ada mahu melantik peguam atau sebaliknya untuk membuat tuntutan sam4n malu,” kata Siti Rohayu Ibrahim, 30.
Katanya, tuntutan mahu dibuat kepada individu yang menyebarkan ftnah secara melampau kepadanya sehingga mencemar nama baik serta menjatuhkan maruah mereka sekeluarga.
” Kami tidak menyalahkan Pejabat Agama Daerah Besut yang membuat serrbuan kerana mereka bertindak atas laporan.
” Tetapi kami kesal dengan tindakan individu tertentu cuba mengambil kesempatan menabur ftnah dengan memutarbelit fakta sebenar kes.
” Saya akui bersalah kerana membenarkan lelaki bukan mahram yang sudah dianggap seperti adik sendiri tinggal bersama keluarga lebih setahun bagi menjaga keselamatan keluarga serta membantu menguruskan kedai.
Sebab sebenar benarkan adik angkat tinggal bersama
” Tindakan itu dibuat setelah rumah kami sudah beberapa kali dipecah masuk peromp4k hingga boleh mengncam nywa kami sekeluarga.
” Sebelum ini pernah sekali ketika saya berada dalam bilik bersama suami dan dua anak ada individu tak dikenali cuba menendang pintu bilik mahu membuat perkara tidak baik pada kami kerana orang tahu suami terlantar tidak sihat,” katanya ketika ditemui di kedainya berhampiran Hospital Besut, hari ini.
Sebelum ini kes Siti Rohayu tular di laman sosial apabila didakwa berkhaIw4t dengan seorang lelaki berumur 28 tahun ketika beberapa lagi ahli keluarga lain ada bersama di rumah.
Menurutnya, adik angkatnya banyak membantu menguruskan suami kerana keadaan fizikal suami yang berbadan besar menyukarkan mereka mengangkatnya dengan kudrat tenaga perempuan.
” Isu ini timbul apabila ada yang menyangka saya berdua-duaan dengannya sedangkan hakikat sebenar ketika kejadian, saya dengan suami dan anak-anak dalam bilik.
” Sementara, di ruang tamu kakak serta dua anaknya sedang berehat sementara adik angkat juga berada di situ,” katanya.
Tak sangka ia satu kesalahan
Siti Rohayu berkata, mungkin disebabkan sudah kenal lama dengan adik angkat yang dianggap seperti adik sendiri dia tidak menyangka melakukan kesalahan dengan membenarkan lelaki bukan mahram tinggal bersama mereka.
” Sedangkan tindakan itu adalah satu kesalahan mengikut und4ng-und4ng syariah di bawah kesalahan khaIw4t .
” Apa yang berlaku adalah isu salah faham jika dari awal saya sedar benda ini salah saya tidak akan ambil risiko membenarkannya tinggal bersama walau apa saja alasan,” katanya.
Dia berkata, walaupun terpaksa berdepan dengan ujian berat ini tambah pula di bulan Ramadan dia tidak akan berpisah dengan suami biar apa jua rintangan menanti di hadapan.
Kisah pengorbanan Siti Rohayu menjaga suaminya Muhamad Ridhwan Mohd Zaki, 27, yang terlantar akibat kemal4ngan jalan raya pernah dilaporkan Harian Metro pada Ogos 2017.
Wanita itu berju4ng menjaga dan merangsang daya ingatan suaminya dengan harapan insan kesayangannya kembali pulih.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber : https://lamanhiburan.pw/punca-sebenar-rohayu-benarkan-lelaki/
Be the first to comment on "Baju Sedondon Dijadikan Isu, Rohayu Jelaskn Punca Sebenar Dia Benarkan Lelaki Bkn Mahram Tinggal Bersama"