Fendy Bakry Terkejuut Dimar4hi Pelanggan Gara2 Hal Ini, Ini Reaksi Padu Dari Fendy Bakry

NIAT hanya nak mencari rezeki dengan berniaga, tetapi lain pula jadinya apabila pelakon Fendy Bakry tiba-tiba dimarahi seorang pelanggan di Instagram.

Bagaimanapun, Fendy, 31, yang menjalankan perniagaan makanan kuetiau goreng di Kampung Baru, Kuala Lumpur berkata, perkara itu bukanlah satu isu besar baginya.

“Saya rasa benda itu tak menjadi isu pun, saya rasa dia saja nak bergurau tu.

“Saya tiada rasa kecil hati pun kerana saya ni memang jenis suka melayan. Dah dia nak meroyan, saya pun tak boleh buat apa,” katanya kapada mStar.

.

Tangkapan skrin mesej yang dihantar oleh seorang pelanggan di Instagram.

Fendy diminta mengulas mengenai mesej peribadi yang diterima daripada individu yang meluahkan rasa mar4h secara tiba-tiba dengan melemparkan kata-kata kes4t.

“Muka kau ni elok kena ludah. Hebat sangat ke kau ni?” ujar mesej tersebut.

Mengulas lanjut perkara itu, Fendy berkata, kejadian itu berlaku selepas seorang wanita bertanyakan tentang penghantaran kuetiau goreng yang dijualnya itu ke Nilai, Negeri Sembilan.

“Pertanyaan tadi dari si isteri ada mengatakan yang beliau terliur untuk makan dan beliau cakap ada penghantaran ke tak, kalau tak ada tak mengapa.

“Kita ni bila tengok ayat macam tu bermaksud dia berharap agar ada. So, kita pun cakap memang jawapan dia tak ada la. Kalau ada pun jauh, mungkin dia tak nak bayar caj servis penghantaran.

 

Saya tiada rasa kecil hati pun kerana saya juga jenis suka melayan.

FENDY BAKRY

PELAKON

Last last kita pula yang kena, dicop artis itu la ini la, tak layak dapat layanan la,” ujarnya.

Tambah Fendy, dia kesal dengan sikap pelanggan yang sengaja mencari fasal biarpun pihaknya sudah menyediakan nombor telefon yang sepatutnya untuk dihubungi.

“Padahal kita dah mudahkan pelanggan untuk terus WhatsApp dan siap bagi nombor dah.

“Di sini penggunaan customer is always right tak boleh pakai sebab kita lengkap mudahkan pelanggan,” katanya.

Sejurus disek4t wanita itu, Fendy berkata, dia menerima mesej peribadi di Instagram daripada seorang lelaki yang mem4ki hamvn pelakon itu secara melulu.

“Muncul pula Instagram ini barangkali suami dia la kot.

“Aku ni malas nak cari gaduh. Kalau nak pijak sangat datang la Kampung Baru. Tak mahu ke sini mari la jumpa di Taman Medan. Sembang belakang tak guna.

“Yang mana duduk Nilai dan kenal dengan individu ini tolong pesan pada dia, kalau nak datang sini beritahu. Kadang-kadang kena bagi dulu sebiji baru dia sedar, sebelum buat tak fikir.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: MSTAR

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Fendy Bakry Terkejuut Dimar4hi Pelanggan Gara2 Hal Ini, Ini Reaksi Padu Dari Fendy Bakry"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*