Selepas 5 Bulan, Kelibat KP Kesihatan Noor Hisham Tidak Akan Kelihatan Hari Ini

SETIAP hari pada petang, kelibat lelaki berjaket hitam yang tertera perkataan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjadi individu dinanti-nantikan rakyat Malaysia bagi mengetahui perkembangan terkini pandemi1k Covi1d-19 negara ini.

Pastinya beliau adalah Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah yang dianggap antara orang terpenting di Malaysia dalam menangani pandemik itu.\

 

Setiap kali diumumkan jangk1itan kes baharu menurun memberi satu kelegaan buat semua dan sebaliknya jika kes meningkat mendatangkan kegusaran.

Selepas lima bulan bekerja tanpa henti dan ‘bersilat’ ketika menjawab soalan wartawan setiap hari, akhirnya hari ini beliau diberi cuti oleh Pejabat Perdana Menteri (PMO) daripada membuat sidang media.

Pihak media dimaklumkan hari ini bahawa sidang media KKM bagi perkembangan terkini Covi1d-19 dibatalkan.

Bagaimanapun, KKM akan mengeluarkan kenyataan media mengenai perkembangan terbaru itu pada 4.30 petang hari ini.

Media dimaklumkan bahawa Dr Noor Hisham diberi cuti oleh PMO daripada melakukan sidang media hari ini, bagaimanapun tugas lain masih berjalan seperti biasa.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : hm

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Selepas 5 Bulan, Kelibat KP Kesihatan Noor Hisham Tidak Akan Kelihatan Hari Ini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*