Ebit Lew Balik Tengah Malam, Tolak Pintu Rumah Tak Sangka Ini Yg Berlaku

Bergelar seorang pendakwah popular, bukanlah satu tugas mudah. Secara tidak langsung timbul rasa tanggungjawab dalam diri untuk membantu insan lain yang kurang bernasib baik.

Itulah yang dirasai oleh Ustaz Ebit Lew. Setiap hari jadual hariannya semakin sibuk keluar mencari keluarga miskin yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ramai hilang sumber pendapatan, sejak itu Ebit Lew semakin rancak pergi ke serata tempat menghulurkan sumbangan.

Ada ketikanya, masanya bersama keluarga tersayang semakin terhad.

Menerusi perkongsian terbaru, Ebit Lew berkongsi kisah bagaimana anak-anaknya menangis kerana merindui ayah mereka.

Berikut perkongsian Ebit Lew:

” Paling best setelah penat balik jauh-jauh. Mandi kolam dengan anak-anak. Dapat pelvk isteri dan anak-anak. Itulah ingatan ke mana-mana pun. Nak tidur dekat rumah. Walau jauh.

” Pernah sekali balik waktu malam. Tolak pintu. Anak sulung tidur depan pintu. Masa tu umur 5 tahun. Safiyyah kenapa tidur sini? Jawabnya dengan menangis. Rindu ayah. Nak peluk ayah. Nak terbang dengan ayah. .

” Saya dukungnya hantar masuk bilik. Dia menangis peluk saya. Masa pagi nak keluar rumah anak nombor 2 tidur dekat pintu. Kecil lagi menangis tak nak lepaskan saya. .

” Sepanjang dalam kereta menangis pohon doa Allah beri kekuatan. Rasa bersalah pada anak-anak. Rindu sangat pada bidadari dan anak-anak.

” Satu hari.. anak dah 4 orang. Safiyyah dah 10 tahun. Dua adik yang kecil pelvk saya melompat.

” Hari tu terlepas nak salam dan pelvk sayang sulung. Dia sandar tengok saya dari jauh. Anak lelaki lambai dari bilik. Saya rasa bersalah pada mereka.

” Dah malam pergi bilik safiyyah. Doakan dan cium dia dah tidur. Doa Allah jaga bidadariku dan anak-anak..

” Maafkan ayah,safiyyah. Tiba dia terjaga. Ayah,dengan nada perlahan dan tangisan, katanya.. kakak rindu dekat ayah. Pelvk saya menangis.

” Ayah,kakak rindu dekat ayah… dia pelvk kuat-kuat. Saya terbangkan dia. Dukung dia. Dia menangis happy rindu sebak sedih semua ada.

” Pergi bilik anak no 2. Dia pelvk saya rindu menangis. Ya Allah kadang kita terlupa dan terlalu sibuk terlupa nak pelvk anak-anak.

” Bagaimanalah rindunya bidadari saya. Penatnya dia seorang diri. Ya Allah berilah kesihatan dan kekuatan buat dirinya. Begitu juga buat anak-anak.

” Ya Allah jadikanlah perpisahan dan kesibukan ini jadi asbab hidayah buat anak-anak dan hidayah seluruh alam.

” Pelukan dan kasih sayang teramat penting buat ahli keluarga. Janganlah lupa pegang tangan dan peluk keluarga setiap hari – ebitlew

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Asia Kini via Kisahbenar

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Ebit Lew Balik Tengah Malam, Tolak Pintu Rumah Tak Sangka Ini Yg Berlaku"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*