PM Akan Buat Pengumuman Khas 2 Ptg. Ini Yg Dinanti2 Oleh Rakyat Malaysia

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin akan menyampaikan perutusan khas di televisyen hari ini

Perutusan itu bakal disiarkan hanya dua hari sebelum perintah kawalan pergerakan (PKP) dijadualkan tamat 12 Mei ini.

Muhyiddin dijadualkan menyampaikan ucapan pada jam 2 petang dan perutusan itu akan disiarkan di semua platform RTM, Bernama TV, TV3 dan Astro Awani serta rangkaian media sosial Muhyiddin, termasuklah Facebook, Twitter dan Youtube.

Malaysia melaksanakan PKP bermula 18 Mac lalu bagi membendung penvlaran wab4k Cov19.

Selepas hampir dua bulan, negara nampaknya bersedia mengakhiri perintah sekatan berkenaan.

Kerajaan telah mula melonggarkan PKP pada 4 Mei, dengan mengumumkan PKP bersyarat (PKPB).

Perkembangan terbaru PKPB dijangka diketahui hari ini

Namun begitu apa jua keputusan kerajaan, rakyat tetap perlu membiasakan diri dengan kelaziman baharu iaitu mengamalkan disiplin sosial yang tinggi, mematuhi jarak sosial, dan mementingkan tanggungjawab sosial untuk memutuskan rantaian penvlaran Covi1d-19 dalam masyarakat.

Pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang diperkenalkan sejak 18 Mac lepas sudah memasuki hari ke-54, tindakan yang diambil kerajaan itu sememangya membantu Kementerian Kesihatan (KKM) dalam mengawal serta melandaikan keluk kes Covi1d-19 di negara ini.

Dalam pada itu kerajaan memutuskan untuk memperkenalkan PKPB yang dilaksanakan pada 4 Mei lepas bagi membolehkan sebahagian sektor ekonomi dan sosial dibuka semula walaupun PKP keempat sepatutnya berakhir pada Selasa ini.

Ekoran pelaksanaan itu, pusat membeli-belah sudah boleh beroperasi, orang ramai boleh mengunjungi restoran untuk menjamu selera dan kenderaan persendirian kini boleh dinaiki empat orang. Namun kesemua itu masih perlu mematuhi Prosedur Standard Operasi (SOP) yang ditetapkan.

Belum Lagi Merdeka

Justeru itu, tiada istilah ‘merdeka’ dalam situasi ini kerana selagi vaksin merawat pandemik maut itu tidak ditemui, setiap orang mempunyai peranan dan tanggungjawab masing-masing dalam memastikan kita menang ‘p3perangan’virvs ini.

Sedikit berbeza semalam, setelah hampir lima bulan bekerja tanpa henti memberikan perkembangan terkini mengenai Covi1d-19 kepada rakyat, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah yang juga antara orang terpenting dalam menangani pandemik itu diberikan ‘cuti’ oleh Pejabat Perdana Menteri (PMO) daripada membuat sidang media.

Namun pihak KKM masih memberikan perkembangan terkini mengenai Cov1id-19 menerusi kenyataan media dengan laporan jumlah kumulatif kes Cov1id-19 pulih sepenuhnya dan telah dibenar pulang daripada wad mencapai 74.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes manakala 54 kes baharu direkodkan.

Sekali lagi diingatkan Cov1id-19 bukan perkara remeh, tanamlah normal baharu itu dalam diri ketika keluar dari rumah, orang ramai digalakkan memakai pelitup separuh muka ketika berada di kawasan tumpuan awam bagi mengelak jangk1itan Covi1d-19 walaupun ia tidak diwajibkan.

Amalkan kawalan kendiri dan elakkan bersesak-sesak dengan orang ramai, tidak kira di mana sahaja anda berada.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: MB

Apa komen anda?

Be the first to comment on "PM Akan Buat Pengumuman Khas 2 Ptg. Ini Yg Dinanti2 Oleh Rakyat Malaysia"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*