PENYANYI tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza membawa perkhabaran gembira kepada peminatnya apabila muncul dengan lagu baharu berjudul Basyirah di semua pelantar digital, baru-baru ini.
Basyirah yang diambil daripada perkataan Arab yang membawa maksud khabar gembira adalah hasil ciptaan penyanyi dan komposer, Hafiz Hamidun manakala liriknya nukilan, Ahmad Fedtri Yahya.
Tertarik dengan melodi yang mempunyai unsur Timur Tengah, Siti Nurhaliza memutuskan untuk merakamkan lagu itu dan berhasrat menjadikannya sebagai lagu istimewanya sempena Ramadan kali ini.
“Demo lagu ini diterima agak lewat oleh pihak Universal Music Malaysia dan Siti Nurhaliza Productions (SNP) untuk dimuatkan dalam album terbaharu saya. Jadi, kami sepakat menyimpannya untuk projek khas pada masa akan datang.
Disebabkan edaran album terbaharu saya ditangguhkan, Basyirah berjaya saya rakam khusus untuk lagu Ramadan kerana bersesuaian dengan suasana dalam negara ketika ini.
“Pertama kali mendengar melodinya, saya akui jatuh hati kerana ia ada tarikan tersendiri. Tidak dinafikan, ketika rakaman, saya berasa sebak dan cuba menyampaikan seluruh maksud dalam lagu ini dengan penuh penghayatan, katanya.
Walaupun lagu Basyirah dilancarkan pada bulan yang penuh keberkatan ini, namun liriknya tidak menyentuh secara langsung mengenai Ramadan.
Sebaliknya, Siti berkata, ia adalah satu metafora terhadap situasi yang dialami dunia masa kini yang berdepan dengan penularan wabak Covi1d-19.
“Ketika perbincangan, memang ada idea untuk memasukkan lirik yang bersesuaian dengan situasi berlaku kini.
“Lagu ini juga menterjemahkan sebuah harapan bahawa satu hari nanti akan ada khabar gembira buat Malaysia untuk segera terhindar daripada pandemik terbabit.
“Saya juga mengharapkan Basyirah mampu memberikan semangat kepada seluruh warga dunia yang menghadapi wab4k ini termasuk petugas barisan hadapan yang berkorban sepenuh jiwa menjaga keselamatan negara, katanya.
Penyanyi bervokal mantap ini turut mengharapkan lagu Basyirah dapat mengubat kerinduan peminat yang menantikan kemunculan album terbaharunya.
Sebagai komposer yang bertanggungjawab untuk menghasilkan lagu itu, Hafiz Hamidun akui Basyirah memberikan cabaran yang tersendiri buatnya.
“Kami rakamkan lagu ini ketika negara melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ini bermakna rakaman tidak boleh dilakukan di studio seperti kelazimannya dan perlu dilakukan secara berasingan iaitu Siti merakamnya dari rumah.
“Memang agak mencabar kerana rumit lebih-lebih lagi membabitkan soal teknikal. Namun, kami berjaya melakukannya dan Siti dapat menterjemahkan maksud keseluruhan lagu itu seperti yang dikehendaki, katanya.
Pernah bekerjasama sebelum ini menerusi lagu Mikraj Cinta, Hafiz berkata, dia cuba memberikan yang terbaik untuk lagu Basyirah itu.
“Sedikit sebanyak saya sudah boleh tahu mengenai kriteria sesebuah lagu yang ingin dinyanyikan Siti. Justeru saya cuba hasilkan sebuah lagu yang unik serta lain daripada apa yang pernah didendangkannya sebelum ini seperti menekankan aspek taranum dalam sebutan dan menyelitkan elemen qasidah di dalamnya, katanya.
Tebaru Siti Nurhaliza Mengucapkan Selamat Hari Ibu Kpd Ibunya Di Instagram Tarik perhatian peminat
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber : HM
Be the first to comment on "‘Khabar gembira’ Siti Nurhaliza"