Lori Muatan Ikan Terbalik, Orang Ramai Pakat ‘Serrbu’ Kutip Ikan Berselerak Atas Jalan

Tul4r di media sosial gambar orang ramai berpusu-pusu mengutip ikan di atas jalan selepas lori yang membawa ikan itu terbaIik.

Pada mulanya, warganet dilihat mengec4m tindakan orang ramai yang dilihat mengutip ikan tersebut, malah kelihatan sebuah trak pikap berhenti untuk dimuatkan ikan-ikan yang dikutip.

Terdahulu, sebuah lori 3 tan yang membawa muatan ikan kembung dilaporkan terbaIik di jalan susur lebuh raya selepas Jambatan Batu 5 dari arah Sitiawan ke Hutan Melintang di Hilir Perak petang Ahad menjadi tumpuan orang ramai.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar berkata lori yang dipandu lelaki berusia 45 tahun membawa muatan ikan kembung sebanyak 4 tan itu terbaIik.

Pemilik beri keizinan orang ramai kutip ikan

Difahamkan kejadian berlaku selepas pemandu lori terbabit mengelak kenderaan yang cuba memotongnya menyebabkan muatan bertaburan di atas jalan dalam kejadian pada kira-kira 4.30 petang.

” Kejadian ini telah menarik perhatian orang awam yang lalu di situ dan mereka mula mengutip ikan-ikan yang bertaburan untuk dibawa pulang setelah mendapat kebenaran daripada pemilik syarikat di Sungai Besar.

” Pada masa yang sama, pekerja pemilik syarikat juga mengumpul semula kesemua ikan yang bertaburan dan orang awam telah mengambil sebanyak kira-kira 300 kilogram daripadanya,” katanya ketika dihubungi Bernama, Ahad malam.

Beberapa gambar berkaitan kejadian itu termasuk orang ramai sedang berkumpul mengutip ikan telah tular di media sosial.

Beliau berkata kerja-kerja mengutip ikan selesai pada 7 petang dan kerugian akibat kejadian itu dianggarkan bernilai RM20,000.

Katanya tiada kmIangan jiwa mahupun kecderaan dilaporkan susulan insiden itu namun lori terbabit mengalami kerosakan pada cermin depan dan pintu kiri kemek selain pintu kayu sebelah kiri turut pecah.

Sementara itu rata-rata warganet turut memuji sikap pemandu yang memberi kebenaran kepada orang ramai untuk mengambil ikan tersebut.

” Tuan nya bagi ke? Kalau bagi oklah.. Rezeki.. Tp kalau sebaliknya dah d namakan mengambil kesempatan atas kepayahan org lain yakni (mencuri) bulan puasa ni.” tulis Izhar

” Alhamdulillah owner dah suruh ambik..rezeki orang-orang situ mungkin yang ambik tu semua golongan tak berkemampuan..insyaAllah Allah ganti rezeki lain untuk owner” tulis Safik

” Bagus lah owner dh bagi ambik..lagipun kalau biar atas jalan camtu membusvk gitu je kena lenyek. terbaik lah taukey” tulis Ika

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : http://limauais.pw/

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Lori Muatan Ikan Terbalik, Orang Ramai Pakat ‘Serrbu’ Kutip Ikan Berselerak Atas Jalan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*