Tak Ada Asas Utk Bersatu Tinggalkan PH, Mahathir Mula Beritahu Perkara Sebenar

Pengerusi Bersatu, Dr Mahathir Mohamad, berkata parti itu tidak memiliki alasan yang baik untuk mengambil tindakan meninggalkan Pakatan Harapan (PH) pada Feb lalu.

Menjelaskan krisi1s itu sekali lagi melalui klip video yang disiarkan di media sosialnya, Mahathir berkata, ketika itu beliau mendapat sokongan semua pihak dalam PH.

“Saya berpendapat cadangan supaya Bersatu keluar daripada PH tak ada asas yang baik.

“Saya disokong sepenuhnya oleh PH dalam mesyuarat (Majlis Presiden PH) pada Jumaat mereka luluskan (sokong) saya bebas tentukan bila saya nak letak jawatan,” katanya merujuk kepada pertemuan pemimpin tertinggi parti Bersatu, PKR, Amanah dan D4P pada 21 Feb lalu.

Mahathir ialah pengerusi PH pada ketika itu.

Untuk rekod menjelang mesyuarat berkenaan wujud beberapa desakan untuk Mahathir menentukan secara jelas tarikh beliau akan berundur bagi memberi jalan kepada Presiden PKR, Anwar Ibrahim, menjadi perdana menteri.

Ia merupakan janji yang dipersetujui bersama semua parti PH menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-14 pada Mei 2018. Ia dicapai selepas PH sepakat menamakan Mahathir sebagai calon perdana menteri jika BN dapat dikalahkan dalam PRU berkenaan.

Bagaimanapun dalam mesyuarat tersebut, walaupun isu pengunduran berkenaan dibangkitkan, Anwar sendiri meminta pihak terbabit tidak mendesak Mahathir, malah memberikan kebebasan kepada ahli parlimen Langkawi itu menentukan sendiri tarikhnya.

“Melayu akan dihancvrkan oleh D4P”

Kata Mahathir beliau memberitahu Muhyiddin Yassin – yang juga presiden Bersatu – dengan sokongan penuh ada padanya, mengapa perlu mereka meninggalkan PH.

“Kalau ada sebab-sebab lain, tunggulah. Kalau ada sebab lain saya akan (bawa Bersatu) keluar PH,” katanya.

Namun kata Mahathir, Muhyiddin bertegas mahu membawa Bersatu meninggalkan PH pada hari berkenaan juga dengan alasan “Melayu akan dihancvrkan oleh D4P”.

Pada masa sama, Mahathir berkata, beliau tidak yakin D4P mampu berbuat demikian.

Justeru, katanya, beliau meminta agar diberikan masa untuk membolehkan isu berkenaan difikirkan dengan mendalam.

“Kerana PH ini ialah parti yang memenangij pilihan raya dan kita bersama PH. Dengan sokongan mereka kita dapat kemenangan (dalam PRU ke-14).

‘Takkanlah kita tiba-tiba nak tolak (PH), (kemudian) nak bekerjasama dengan parti yang k4lah, parti yang terlibat rasu4h, pencuri1an wang dan lain-lain.

“Kita toleh parti kita (PH), masuk dengan parti yang kalah ini dan parti ini yang dipengerusi oleh Najib Razak akan jadi kerajaan,” katanya lagi.

Namun kata Mahathir, pendapat itu tidak dipedulikan lalu dengan mengambil kira keadaan itulah beliau melepaskan jawatannya sebagai pengerusi Bersatu dan perdana menteri.

“Walaupun kemudian dari itu ramai datang meminta saya kembali, saya kembali jadi pengerusi Bersatu tapi tidaklah jadi pengerusi PH kerana kita sudah keluar PH dan PH pun sudah jatuh akibat tindakan kita,” katanya.

Percaturan politik tak diduga oleh Tun M. Mukhriz & Tun M bakal dip3cat

TIDAK sampai tiga bulan tempoh pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN), dunia politik negara kembali berg0lak.

Agak mengejvtkan apabila kerajaan PN pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dianggap berjaya menjalankan urus tadbir kerajaan dengan begitu baik termasuk dalam menangani anc4man pandemi1k Covi1d-19, kini boleh diibaratkan seperti ‘telur di hujung tanduk’.

Masakan tidak, dalam tiga hari lalu, negara digemparkan dengan berita Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof menerima usul undi tidak percaya terhadap Muhyiddin menjelang persidangan Parlimen yang akan diadakan pada 18 Mei ini.

Usul berkenaan yang dikemukakan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 4 Mei lalu dikecam sebahagian besar rakyat negara ini dan disifatkan sebagai tidak kena pada masanya.

Tindakan itu turut dianggap langkah terdesak Dr Mahathir dan pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang diketuai Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendapatkan kembali tampuk kepimpinan kerajaan meskipun negara sedang menghadapi cabaran lebih getir iaitu anc4man Covi1d-19 dan kegawatan ekonomi.

Langkah terkini Dr Mahathir itu turut menimbulkan persoalan dalam kalangan rakyat Malaysia, lebih-lebih lagi Anwar sudah memberi jaminan bahawa PH tidak akan mengemukakan sebarang usul undi penentuan keyakinan (vote of confidence) terhadap Muhyiddin pada sidang Parlimen 18 Mei nanti.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan pernah menegaskan Umno tidak pernah menyertai PN, sebaliknya hubungan dengan PN hanya satu persefahaman untuk menyelamatkan Malaysia kerana kemelut politik yang dicetuskan sendiri PH.

Pergolakan semakin sengit dengan Bersatu berdepan krisis politik dalaman yang meruncing dan ia kini berpecah kepada dua kem iaitu kem Muhyiddin dan kem Dr Mahathir.

Pergolakan

Drama pergolakan dalaman Bersatu menjadi lebih menarik apabila Ketua Penerangan parti itu, Senator Dr Mohd Radzi Md Jidin mendakwa Dr Mahathir turut bersama dalam usaha membawa Bersatu keluar daripada PH sebelum mengubah fikiran pada saat akhir.

Krisis itu menjadi semakin parah apabila terdapat desas-desus Majlis Kepimpinan Tertinggi Bersatu akan membuat keputusan mem3cat Dr Mahathir dan anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dalam satu mesyuarat tertutup yang dipercayai akan diadakan hari ini.

Penganalisis politik daripada Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr Sivamurugan Pandian berkata, beliau merasakan kemelut kedua-dua kem itu memang sukar untuk dicari jalan penyelesaian dengan pelbagai kemungkinan boleh berlaku pada mesyuarat Bersatu hari ini.

Menurutnya, sebagai seorang pemimpin veteran dalam politik negara, tindakan Dr Mahathir mengemukakan usul undi tidak percaya kepada Muhyiddin perlu ditangani oleh Presiden Bersatu dengan langkah berhati-hati dan tidak berlandaskan em0si.

“Saya percaya sebagai pemimpin veteran politik, Dr Mahathir lebih mengetahui mengapa usul undi tidak percaya kepimpinan Muhyiddin dikemukakan pada saat ini.

“Soal sama ada untuk meruntuhkan legitimasi m0ral Muhyiddin atau beliau melihat ia peluang terbaik untuk mengambil alih kuasa politik negara susulan gabungan kerjasama dengan Anwar akan memberi angka sokongan ahli Parlimen mencukupi, itu akan terjawab di Dewan Rakyat pada 18 Mei nanti.

“Di sebalik kemungkinan usul undi tidak percaya itu berkemungkinan tidak dibentangkan pada 18 Mei ini, budi bicara Yang di-Pertua Dewan Rakyat tidak boleh ditolak sama sekali. Sekiranya semua ahli Parlimen PH bertindak mendesak usul itu dibentangkan, tidak mustahil ia akan berlaku,” katanya mengenai kecenderungan politik Dewan Rakyat yang mempunyai ahli seramai 222 orang.

Bagaimanapun, Dr Sivamurugan berkeyakinan Muhyiddin juga sudah mempunyai perancangan rapi dalam menghadapi strategi politik sukar diduga daripada Dr Mahathir yang kini telah memperoleh sokongan Anwar dan pemimpin PH.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: MUSANG VIRAL

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Tak Ada Asas Utk Bersatu Tinggalkan PH, Mahathir Mula Beritahu Perkara Sebenar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*