Oksana Voevodina Yakin Anak Lelakinya Tak Selamat Duduk Di Malaysia

Kisah Rihana Petra atau nama sebenarnya Oksana Voevodina dan anak lelakinya Ismail Leon masih menjadi perbualan di kalangan netizen.  Walaupun hubungan Oksana dengan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V masih menjadi tanda tanya, namun Leon sering disebut menjadi pewaris takhta.

Terbaru di Instagram peribadi Oksana, dia merancang untuk berpindah ke luar negeri dan mencari rumah baru untuk didiami bersama Leon. Menurut bekas Ratu Cantik Rusia itu, dia sudah memikir beberapa tempat yang sesuai untuk mendiami rumah baru, tetapi dia mahu pengikutnya di Instagram meneka.

“Saya yakin akan ada kehidupan baru yang cerah selepas tempoh kuar4ntin . Apa yang diperlukan adalah menunggu pintu sempadan dibuka semuka. Kami telah melihat beberapa tempat di mana kami akan membina rumah baru untuk masa depan kita. Adakah anda ingin tahu di mana?”

Salah satu komen dari pengikutnya bertanya adakah Malaysia menjadi salah satu negara dalam senarai tersebut. Ini jawapannya;

Dalam komen yang dibalas olehnya, Oksana memberi gambaran bahawa anaknya Leon tidak selamat jika berada di Malaysia. Kenyataan Oksana menimbulkan tanda tanya di kalangan netizen, malah ada yang menasihati Oksana, Leon tidak akan akan diculik di Malaysia. Macam-macam komen dari orang Malaysia ni!

Walaubagaimanapun, Oksana menjelaskan salah satu sebab dia merasakan Leon tidak selamat di Malaysia kerana dia bimbang dengan soal politik dan sistem monarki di negara ini. Dia menolak dakwaan tidak suka kepada masyarakat di Malaysia.

Sebelum ini Oksana meletakkan nama anaknya sebagai Tengku Ismail Leon Petra namun sudah di ubah menjadi Ismail Leon. 

Terdahulu, dipetik dari FMT, Oksana pernah memfailkan petisyen paterniti di Mahkamah Daerah Dogomilovsky di Rusia, menamakan Sultan Muhammad V sebagai defendan, selepas menuntut elaun bulanan sebanyak RM123,000 dan hartanah di Moscow dan London bernilai RM47 juta.

Ia selepas peguam Sultan Muhammad V menolak dakwaan Oksana bahawa beliau merupakan bapa kepada Leon.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Murai.my

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Oksana Voevodina Yakin Anak Lelakinya Tak Selamat Duduk Di Malaysia"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*