Rakyat Semakin Leka. Ini Tindakan Yang Akan Diambil Oleh PDRM Bermula Hari Ini

Polis akan terus mengambil tindakan kompaun atau pendakw4an di mahk4mah terhadap mereka yang melanggar syarat serta prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

PKPB dilaksanakan pada 4 hingga 12 Mei lalu sebelum dilanjutkan sehingga 9 Jun depan dengan beberapa kelonggaran diberikan, namun ada yang dilihat mengambil kesempatan keluar beramai-ramai dan bergerak bebas, termasuk membawa anak ke pusat beli-belah.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengingatkan bahawa PKPB boleh ditarik balik dan kembali menjadi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tertakluk kepada kepatuhan rakyat yang kini menikmati sedikit kelonggaran.

Katanya, laporan diterima daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan banyak kes membabitkan ketidakpatuhan rakyat terhadap persatuan dan SOP PKPB dikesan.

“Dalam mesyuarat tadi, kita memutuskan fasa nasihat dan amaran sudah berakhir. Oleh itu, PDRM diberi kuasa mengambil tindakan und4ng-und4ng terhadap mereka yang mel4nggar SOP di bawah PKPB.

“Di bawah Akta 342, kesalahan mel4nggar SOP dan peraturan boleh berdepan hukvman kompaun RM1,000 dan jika dibawa ke mahk4mah, hukvmannya RM1,000 atau enam bulan pe3njara atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Bercakap pada sidang media disiarkan secara langsung selepas mesyuarat khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan PKP di Putrajaya hari ini, beliau memberi contoh, satu video tular diterimanya semalam merakamkan kehadiran orang ramai ke warung di Kampung Pandan.

Terkejut Ismail Sabri tengok orang ramai di warung Kg Pandan, terus dia hubungi IGP

“Saya terima video tular itu semalam (kelmarin) dan menyangkakan ia adalah p4lsu. Jadi, saya menghubungi Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador sebelum beliau mengesahkan ia adalah berita benar.

“Saya nak tekankan bahawa Akta Pencegahan dan Pengawalan Peny4kit Berj4ngkit 1988 (Akta 342) masih berkuat kuasa dan apabila kita melongg4rkan (PKB), rakyat mesti patuh kerana bimbang kes baharu akan berlaku dan kes positif COV1ID-19 meningkat,” katanya.

Katanya, jika rakyat mahu terus menikmati kelonggaran diberikan di bawah PKPB atau mahu perintah berkenaan ditamatkan, mereka perlu patuh syarat dan SOP ditetapkan.

“Saya beri peringatan bahawa PKPB bukan boleh terus kekal PKPB, sebaliknya ia boleh menjadi PKP semula, tertakluk kepada kepatuhan rakyat yang kini menikmati sedikit kelonggaran.

“Pesanan saya, teruskan berada di rumah, patuh kepada und4ng-und4ng dan saranan kerajaan,” katanya.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Bharian Online

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Rakyat Semakin Leka. Ini Tindakan Yang Akan Diambil Oleh PDRM Bermula Hari Ini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*