Perubahan Kulit Ning Baizura Cetus Tanda Tanya, Ini Jawapan Ning Baizura Yang Mengejuutkan Ramai

Penyanyi Ning Baizura tampil menjawab pertanyaan peminatnya berhubung perubahan tona kulit wajahnya yang semakin cerah sejak akhir-akhir ini.

Jelas Ning, perubahan itu disebabkan beberapa faktor antaranya kerana dia kurang berada di luar rumah untuk bersukan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak Mac lalu.

“Banyak orang tanya ehhh kenapa Ning Baizura semakin putih bukan ker kulit dia hitam manis?

“Sebenarnya saya memang suka aktiviti bersukan di luar, tapi sebab tak dapat keluar menjalankan aktiviti sukan pada siang hari time-time PKP ni.. hmmmm letak lighting kuning, filter kuning.. aku masih putih…. 

“Apa nak buat kita ikut peraturan… buat masa ni.. saya tak berkulit sawo matang atau hitam manis.. dia in between… so image lari sikit..

“I hope you guys are staying safe and being happy stay positive and keep giving.. insya-Allah Allah will bless you and your loved ones.. so now u know #ilovemyskin,” kongsinya menerusi akaun Instagram.

Selain itu, Ning turut mendapat pujian ramai apabila sering tampil dengan imej berhijab sepanjang Ramadan.

Malah, ada yang mendoakan pelantun lagu Awan Yang Terpilu itu terus istiqamah dengan imej tersebut.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: GEMPAK

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Perubahan Kulit Ning Baizura Cetus Tanda Tanya, Ini Jawapan Ning Baizura Yang Mengejuutkan Ramai"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*