DUN Johor Bakal Bersidang, Ini kata2 padu Sultan Ibrahim

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah menasihatkan sidang Dewan Undangan Negeri Johor hari ini supaya tidak menyebarkan ‘virvs perp3cahan’ dengan berpolitik.

Nasihat baginda di tengah-tengah spekulasi kemungkinan tercetus perb4lahan antara parti pemerintah negeri yang baru, Perikatan Nasional dengan Pakatan Harapan.

“Sekarang bukanlah masanya untuk bertegang urat dan bertikam lidah bagi mencari pengaruh politik atau kepentingan peribadi kerana tindakan sebegini akan melahirkan satu virvs yang lebih berb4haya iaitu virvs perpecahan,” titah Sultan Ibrahim pagi ini.

Sebelum ini, timbul dedas-desus PN akan bergerak untuk membuang speaker DUN, Suhaizan Kaiat, sementara PH pula dikatakan akan melancarkan usul tidak percaya terhadap Menteri Besar Johor, Hasni Mohammad.

Sultan Ibrahim selanjutnya bertitah, virus perpecahan itu sudah pun tersebar di kalangan pemimpin politik.

“Apabila berlakunya pergolakan dan perebutan kuasa yang merunsingkan rakyat serta menggugat kestabilan politik dan pembangunan negara.

“Mereka yang dijangk1iti virvs ini akan lupa diri dan tidak akan pedulikan tentang kepentingan rakyat, asalkan mereka dapat apa yang dikejar untuk kepentingan diri sendiri.

“Virus ini mudah merebak melalui saluran media sosial yang bebas, dengan dibantu oleh ejen media dan ‘cyber troopers’ (laskar siber) yang menjadi batu api membangkitkan isu sensai, untuk menambah api kebenc1ian di kalangan pemimpin politik dengan rakyat,” titah baginda lagi.

DUN Johor larang Adun bawa telefon masuk dewan

Tiada telefon genggam akan dibenarkan dibawa ke dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor esok.

Arahan itu dikeluarkan Jurutulis DUN Johor Shubanah Yusuf kepada semua Adun negeri itu melalui aplikasi WhatsApp.

Beliau juga memberitahu semua wakil rakyat dikehendaki berada di DUN menjelang 8.20 pagi untuk menjalani pemeriksaan suhu badan dan pengesan bahan logam sebelum dibenarkan memasuki dewan.

“Dipohon kerjasama YB (yang berhormat) untuk hadir awal ke persidangan DUN di Kota Iskandar esok, 14 Mei, jam 8.20 pg.

“Pihak YB akan melalui dua lapisan pemeriksaan iaitu pemeriksaan suhu badan dan pemeriksaan metal detector sebelum dibenarkan masuk ke dewan.

“Handphone (telefon tangan) tidak dibenarkan dibawa masuk ke dewan. Sekiranya pihak YB membawanya, YB diminta untuk menyimpannya di peti simpanan yang disediakan di luar dan akan diberi nombor identifikasi,” kata arahan tersebut yang dilihat Malaysiakini.

Sementara itu Adun Amanah, Dzulkefly Ahmad (Kota Iskandar-PH) berkata beliau yakin arahan tersebut bukan datang daripada speaker DUN.

Nak tahu siapa tandatangan

“Tak pasti siapa yang arahkan beliau (Shubanah), yang pasti bukan daripada speaker,” katanya.

Beliau juga berkata sepatutnya arahan sebegitu dibuat secara rasmi melalui surat agak ia lebih jelas.

“Takan setiausaha DUN ada kuasa lebih besar darioada speaker?” katanya.

Yeo Tung Siong (Pekan Nanas-PH) pula berkata beliau meminta penjelasan daripada Shubanah agar mengeluarkan surat rasmi mengenai larangan berkenaan.

“Saya nak tahu siapa nak tandatangan surat itu,” kata wakil rakyat DAP itu kepada Malaysiakini.

Bagi Adun Bukit Batu (PKR), Jimmy Puah, beliau berkata arahan membawa telefon genggam seperti itu tidak pernah berlaku sebelum ini.

Sementara itu sumber DUN Johor memberitahu mesej tersebut merupakan arahan pentadbiran dan memang bukan dikeluarkan oleh speaker.

Malaysiakini sudah menghubungi Shubanah bagi mendapatkan komen beliau.

Sidang esok menjadi perhatian ramai kerana sebelum ini berlaku ketegangan di DUN Melaka dan Perak. Sama seperti Johor, dua negeri terbabit berada dalam pentadbiran Pakatan Harapan (PH) sebelum beralih kepada Perikatan Nasional.

Sebahagian daripada insi1den ketegangan di DUN Melaka dan Perak dirakam anggota dewan dan kemudian menjadi tul4r.

Sidang esok dijadual bermula pada 9.30 pagi dan tidak berpanjangan atas alasan wujudnya anc4man Covi1d-19.

Selain titah ucapan Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Adun diberitahu melalui pekeliling DUN, tiada sebarang soalan, usul atau rang undang-undang akan dikemukakan.

Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penula4ran Covi1d-19 di Malaysia di laman penjejak ini.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: TRENDINGSANGAT

Apa komen anda?

Be the first to comment on "DUN Johor Bakal Bersidang, Ini kata2 padu Sultan Ibrahim"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*