Baru je dilantik Mufti Wilayah, Ustaz Abu Syafiq dh s1ndir Dr Luqman 

PENSYARAH Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM) Dr Luqman Abdullah akan dilantik sebagai Mufti Wilayah Persekutuan yang baharu.

Perkara berkenaan disahkan menerusi Facebook rasmi Universiti Malaya yang memuatnaik poster ucapan tahniah kepada Dr Luqman atas perlantikan berkenaan.

Menerusi poster berkenaan, UM berbangga dan merakamkan ucapan setinggi tahniah kepada Dr Luqman Abdullah daripada Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam atas pelantikan sebagai Mufti Wilayah Persekutuan berkuat kuasa mulai 15 Mei 2020 hingga 14 Mei 2022.

Beliau menggantikan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri yang dilantik menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), beberapa bulan lalu.

Dr Luqman berusia 51 tahun dilahirkan di Kelantan dan anak kepada seorang ulama terkenal iaitu Allahyarham Tuan Guru Abdullah Abdul Rahman yang juga Pengerusi Madrasah Ar Rahmaniah Pondok Lubok Tapah.

Sumber memberitahu Harian Metro bahawa Dr Luqman sudah menerima surat perlantikan petang tadi dan kini dalam proses menguruskan peminjaman perkhidmatannya ke Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan.

Menurutnya, ia adalah proses biasa memandangkan beliau adalah pensyarah yang masih bertugas di UM.

Dr Luqman mendapat bimbingan pendidikan agama menerusi Allahyarham bapanya dan aktif dalam pembentangan kertas kerja dalam forum dan seminar sama ada di peringkat kebangsaan atau antarabangsa dalam bidang persoalan wakaf, zakat, usul fiqh dan pengajian tradisional.

Beliau pernah menetap selama empat tahun di United Kingdom ketika melanjutkan pengajian di peringkat Kedoktoran Falsafah (PhD) di Universiti Edinburgh dalam bidang undang-undang harta Islam.

Peringkat profesional, beliau adalah Ahli Lembaga Pusat Pembangunan Pengajian Pondok Kelantan, Ahli Panel Pakar Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Ahli Panel Jemaah Ulama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).

Abu Syafiq perl1i Mufti Wilayah?

Baru sahaja mufti baru dilantik, penceramah bebas Ustaz Abu Syafiq mula memuat naik satu posting seolah-olah memerl1i Dr MAZA dan Dr Luqman dengan memuat naik satu video kedua-dua tokoh tersebut menari dan kelihatan gembira

Berikut tulisan Abu Syafiq di IG milik beliau

“Hepy sungguh MAZA Mufti Wilayah ‘baru’ berjoget. Letih melobi ke?”

Sebelum ini, banyak posting Abu Syafiq yang kelihatan mengkritik dan menyindir mufti perlis tersebut

ABU SYAFIQ JAWAB KRIT1IKAN MAZA

1- Terbaru tadi Mufti Perlis Dr Maza sekali lagi cuba membvrukkan saya. Kelmarin dia memperkatakan tentang saya menvduh saya kafi1rkan seorang pendakwah. Ini fitnah wahai SS DrMaza. Namun tulisan beliau tadi mengenai diri saya juga jelas sekali lagi dia cuba membvrukkan diri saya dengan tanggapan palsv dan tidak benar.

2- Oklah, jika MAZA mahu korek dengan cara salah sehingga mahu menampakkan kononnya saya bvruk. Mari saya tunjukkan kekorekkan yang betul.. Jangan Lupa!

Mufti Perlis ini pernah hi1na Datin Seri Rosmah Mansor dan Dato Seri Najib Abd Razak MAZA meletakkan gambar BABI1 apabila mengkrit1ik keluarga DSN yang menggunakan pesawat kerajaan ketika itu.

Nah! MAZA tidak mence3rca dan tidak menghi1na orangkah disini?! Sampai gambar bab1i kamu letak nak tegur kerajaan BN ketika itu diperintah oleh DSN.

Inikah akhlak seorang Mufti?? Jawablah! Why you senyap!

Kau mufti ke aku mufti?!

Biodata  Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Luqman.

Dr Luqman Bin Haji Abdullah (Pengerusi Madrasah Ar Rahmaniah Pondok Lubok Tapah)

Biodata ; Dr Luqman bin Haji Abdullah dilahirkan pada 12 September 1969 di kampung pondok lubok tapah, pasir mas, Kelantan. Pendidikan formal beliau ialah di sekolah kebangsaan lemal, pasir mas (1976-1980), sekolah menengah ugama (Arabiah), pasir mas 1981-1986), pra akademi islam universiti Malaya nilam puri (1987-1989) dan peringkat sarjana muda di fakulti syariah, akademi islam universiti Malaya (1989-1993). Pernah mengikuti pengajian undang undang perbandingan di UIA (1994-1995).

Di samping itu beliau juga mengikuti pengajian tidak formal secara tradisional di pondok lubok tapah di bawah bimbingan ayahanda beliau sendiri Al Marhum Tuan Guru Haji Abdullah dari peringkat bawah sehinggalah peringkat tinggi dalam bidang bidang seperti nahu, saraf, fiqh, usuluddin, tafsir, hadis, mantiq dan balaghah. Pernah berada di united Kingdom selama 4 tahun untuk pengajian peringkat PhD dan telah memperolehi ijazah doktor falsafah (PhD) dari universiti of Edinburgh, Scotland pada tahun 2005 dalam bidang undang undang harta islam.

Beliau juga aktif dalam pembentangan kertas kerja dalam forum, seminar dan konferens sama ada di peringkat kebangsaan dan antarabangsa di dalam dan di luar negara dalam bidang wakaf, zakat, usul fiqh dan pengajian tradisional dan telah menghasilkan beberapa penulisan ilmiah dalam jurnal jurnal dan prosiding prosiding di dalam dan luar negara.

Walaupun masih bertugas di universiti Malaya kuala lumpur, beliau bersama adinda beliau Ustaz Hamdan meneruskan amanah Al Marhum Ayahandanya yang dikasihi untuk tanggungjawab kepimpinan pondok lubuk tapah selepas pemergiannya.

Antara sumbangan beliau selepas mengambil alih kepimpinan ialah beliau bersama dengan bonda beliau Hajjah Kamariah (ummi) dan Ustaz Hamdan sebagai pemenang amanah telah menubuhkan Akademi Tuan Guru Haji Abdullah Sdn Bhd, sebuah syarikat kebajikan sebagai entiti mencari dana untuk pondok dengan bantuan rakan korporat di samping memperkemaskan pentadbiran pondok demi memastikan kelangsungan pondok yang di anggap antara pondok tertua di Kelantan

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : http://trendingsangat.pw/

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Baru je dilantik Mufti Wilayah, Ustaz Abu Syafiq dh s1ndir Dr Luqman "

Leave a comment

Your email address will not be published.


*