Tunku Azizah Terima Komen Neg4tif Netizen, Cara Balas Tunku Memang Win

Pasti ramai yang mengetahui Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sememangnya pandai memasak.

Tunku Azizah yang hari ini bergelar Raja Permaisuri Agong merupakan seorang anak raja yang cukup dikenali dengan hobi suka memasak.

Malah sanggup menyinsing lengan baju semata-mata untuk ‘beraksi di dapur’ bagi memasak lauk-pauk bagi memastikan mangsa banjir mendapat makanan lazat dan mencukupi sepanjang berada di situ.

Nor Mastuza Abdul Aziz, 52, yang berpeluang membantu Tunku Azizah memasak semasa daerah Pekan dilanda musibah banjir pada 2014 dan 2015, menyifatkan baginda seorang tukang masak yang cekap dan mendapat pujian ramai.

“Ayam masak merah dan sardin merupakan menu yang sering jadi pilihan tuanku. Jika Tunku Azizah memasak, baginda tidak suka ikan tersebut dipotong kepada kepada saiz kecil, sebaliknya baginda lebih suka memasaknya dalam saiz yang asal.

“Baginda pernah bertitah, jika hendak menjamu orang, biarlah dia dapat makan sepuas hati dan kenyang,” katanya ketika ditemui Bernama baru-baru ini.

“Baginda memang pantas memasak…jadi kami hanya tolong hulur bahan-bahan sahaja.

Bahan masakan juga sudah siap dibersihkan, dipotong, diperap dan dibawa khas dengan menaiki helikopter atau trak tentera (bergantung pada laluan yang selamat).

“Baginda juga suka buat sendiri, jadi kami hanya membantu dan berbual-bual dengan baginda.

Tuanku biasanya hanya mengambil masa yang singkat untuk memasak, seperti 20 minit untuk siapkan ayam masak merah… yang lama sikit bila melibatkan kerja-kerja menggoreng,” katanya.

Bagi Pengerusi Pertubuhan Perkumpulan Wanita (WI) cawangan Sepekan Jaya, Ruziah Awang, 60, pengalaman membantu Tunku Azizah memasak merupakan kenangan manis yang sentiasa dikenang.

“Saya melihat sendiri baginda mendekati wanita dan kanak-kanak terutamanya bayi yang berada di pusat pemindahan banjir.

“Adakala baginda kelihatan sebak melihat anak-anak kecil terpaksa tidur di atas lantai bersama ibu mereka.

Baginda datang bertanya khabar keadaan diri mereka malah memberitahu agar memaklumkan kepada pihak bertanggungjawab supaya menjaga keperluan setiap keluarga yang ditimp4 musib4h,” katanya.

Bagi Saerah Ali, 85, pembantu yang berkhidmat dengan Tunku Azizah sejak 1986 hingga kini, Tunku Azizah juga sentiasa mencari masa untuk memasak bukan hanya untuk santapan keluarga, tetapi juga adakalanya dalam kuantiti yang besar untuk menjamu tetamu istana.

Kecekapan Tunku Azizah di dapur bukan perkara baharu, malah baginda telah menghasilkan tiga buku masakan iaitu ‘Air Tangan Tengku Puan Pahang’ pada 2005 dan ‘Masakan Tradisional Pahang dan Air Tangan Tengku Puan Pahang’ serta ‘Manisan Tradisional Pahang’ pada 2018.

“Tuanku memang selalu berada di dapur, memasak bersama tukang masak…yang paling penting tidak lokek ilmu.

Kalau ada yang bertandang semasa baginda sedang memasak, baginda akan mengajak untuk sama ke dapur dan menurunkan resipi dari awal.

“Jika bertandang ke daerah-daerah di negeri Pahang dan melihat ada juadah baharu, baginda akan segera bertanya jika tukang masaknya boleh berkongsi resipi.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

biasa lah kalau kita memasak …. mesti nya terkena periuk panas, atau minyak , terkena pisau /luka atau wap steam ….. kalau tidak bukan lah tukang masak…. sy masih ingat masa kecil, selalu kena halau keluar dapur istana ! Che Lok, Mak Lamah , Ku Comel dan Kak Cik selalu pok pek kat saya ” anak raja sila keluar dapur, nanti parut/ bertanda bila bersanding !” ….. sy suka mengacau mereka masak, jadi mereka selalu suruh sy tolong kupas bawang,kupas kentang dan petik taugeh ! dari situ lah sy belajar memasak, mereka akan tunjuk kpd sy cara2 , petua dan resepi …. dan mereka akan bisik kpd saya ” jangan ajar adekberadek lain ! ” dan sy pula rajin bawa buku nota, suka menanya dan tulis resepi2 … mereka sayang saya kerana sy suka menolong mereka ! i was their fave princess !

A post shared by SPB Raja Permaisuri Agong (@airtangan_tunkuazizah) on

Ada orang memasak tidak menggunakan sukatan tepat, jadi tuanku akan timbang sendiri bahan yang digunakan dan mencatitnya,” kata Saerah.

Saerah berkata Tunku Azizah juga seorang yang teliti dan akan merancang setiap pergerakannya dari awal, termasuk semasa mencemar duli memasak untuk rakyat di pusat pemindahan banjir, yang dimulakan baginda sejak enam tahun lalu.

Katanya walaupun tahu bahan mentah disediakan, Tunku Azizah akan bertanya ‘jumlah m4ngsa banjir dan waktu makan yang dihadiri baginda’ kerana akan membawa bahan sendiri dari istana bagi menyediakan juadah tambahan seperti bancuhan jemput-jemput jika masanya adalah minum petang.

Ini, menurut Saerah kerana tuanku amat mementingkan perihal makan minum tetamu dan rakyat, malah tetamu yang ‘bertandang’ ke istana tetap dijamu walaupun datang pada lewat malam.

Komen Balas Tunku Azizah Apabila Seorang Netizen Memberikan Komen Negatif

Dalam perkembangan terbaru, Tunku Azizah sekali lagi tonjolkan kepakaran memasak baginda menerusi perkongsian di Instagram.

Rata-rata ramai netizen memuji masakan Tunku Azizah kali ini, lain dari yang lain.

“Walaupun tengok saja tapi dh dpt rasa kesedapannya”

“Patik klu roast beef ni x boleh thn tgok la Tuanku tetekan2 airlio..Ampun Tuanku”

“Kaya dgn protein daging tu..berapa lama bakar n berapa suhu yg digunakan tuanku @airtangan_tunkuazizah ??sbb daging tebal tu.”

“Sedapnya Tuanku @airtangan_tunkuazizah . Meleleh air liur patik tngok”

“Saya tunggu halwa muskat siap.. Saya x nak google mcmana bentuknya.. Nk tgk tuanku siapkan.. Bila nak post tuanku..”

“Tunku.. Memang terbaik dah laa Cantik, pandai masak plak tu.. “

“Tuanku Permaisuri macamana masak roaster beef tu? ada resepi atau cara masaknya”

“X kesahlaa org have² ke x have² ke jnji..meenarik..Ade jgak esk berbuka mncari makanan seperti ini.”

Namun, terdapat satu komen yang jelik dari seorang netizen ini, tapi Tunku Azizah membalasnya dengan sempoi.

Makanan ni untuk orang have2 je lah. Rakyat biasa macam kami ni tak mampu nak buat. Daging 1kg je dah dekat RM35

Namun Tunku Azizah tidak cepat melatah, malah membalasnya dengan ayat yang sempoi

Excuse me….saya membeli daging biasa dan ikat sendiri…sesekali je masak roast beef sebab suami suka santap

Cara Tunku Azizah membalas komen mendapat pujian netizen. Malah ada yang menasihati netizen lain supaya berfikir dahulu sebelum melakukan komen. Takvt termakan diri sendiri, tak sempat nak makan daging nanti.

Silakan lah Share

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber IG Tunku Azizah via budaksitu.pw

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Tunku Azizah Terima Komen Neg4tif Netizen, Cara Balas Tunku Memang Win"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*