Ezzaty Abdullah Jual Mee Udang Cari Jalan Bayar Gaji Pekerja Spa Dalam Tempoh PKP

PELAKON Ezzaty Abdullah tidak menyangka mee udang yang dijual secara suka-suka mula menjadi serius dan mendapat sambutan ramai.

Malah, Ezzaty berkata, dia terpaksa memad4m status membuka tempahan yang dimuat naik di laman sosial berikutan menerima permintaan yang terlalu tinggi.

“Saya ada bertanya di laman Instagram jika ada yang ingin membuat tempahan. Pada mulanya saya berkongsi hanya sekadar guravan kerana tak menyangka akan ada orang yang membuat tempahan, kalau ada pun mungkin lima atau enam orang saja.

Ezzaty memulakan bisnes mee udang untuk bayar gaji pekerja.

“Tapi, tak sampai 10 minit saya sudah terima kira-kira 60 mesej tempahan. Saya terkejut dan jadi takvt dan saya terus pad4m posting itu.

“Daripada 60 orang, saya cuma ambil 35 pesanan kerana saya t4kut tak mampu memenuhi semua permintaan,” ujarnya kepada mStar.

 

Tak sampai 10 minit saya sudah terima 60 mesej tempahan. EZZATY ABDULLAH PELAKON

Sementara itu, Ezzaty berkata, pada awalnya dia berasa bimbang tidak dapat memenuhi tempahan yang banyak dalam masa singkat.

“Pada mulanya memang agak kel4m kabvt kerana saya tak pernah masak dalam kuantiti yang banyak. Setelah beberapa hari, baru saya berani untuk ambil lebih banyak tempahan,” jelasnya.

Isteri kepada pelakon Azwan Kombos itu berkata, dia mencuba nasib dalam bidang perniagaan sebagai salah satu sumber pendapatan bagi membayar gaji pekerja spa milik mereka.

Ezzaty lebih yakin untuk menerima tempahan yang lebih banyak.

“Kami orang seni tiada pendapatan. Saya ada bisnes spa tapi masih belum boleh beroperasi selagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih dilaksanakan.

“Saya dan Azwan dah pening memikirkan cara untuk membayar gaji staf kami. Kami tidak mahu menggunakan duit simpanan kerana duit itu mahu digunakan untuk membeli rumah. Inilah salah satu cara saya dan suami cari duit,” jelasnya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Mstar via TRANSFORMASI

Apa komen anda?