Selepas 2 Bulan PKP Ramai Mula Pelik Lihat Penampilan Menteri Dlm Parlimen

SEJAK kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), hampir semua kedai sudah dibenarkan menjalankan perniagaan.

Namun, masih terdapat beberapa bisnes yang dilarang buka kedai. Salah satunya ialah kedai gunting.

Lalu timbullah rasa tidak puas hati dalam kalangan pengusaha kedai gunting. Mereka kemudian merayu kepada kerajaan agar bisnes gunting rambut dibuka segera.

Kata mereka, kalau kerajaan memberikan mereka berniaga, menyediakan prosedur operasi standard (SOP) untuk diikuti, mereka sedia untuk beroperasi semula setelah dua bulan kehilangan sumber rezeki.

Memang tidak dinafikan dalam kedai gunting, ia paling mudah terjangki1t virvs. Maklumlah si tukang gunting kena dekati pelanggan. Kalau nak cuci rambut, berlaku pula body contact.

Ternyata perkhidmatan gunting rambut cukup penting di negara kita, samalah seperti kedai pajak gadai yang diserbu ramai orang sebaik sahaja PKPB dikuatkuasakan.

Rambut menteri masih nampak pendek lepas dua bulan

Menteri pun sudah kata, semua urusan gunting rambut tidak dibolehkan, sama ada di rumah, pejabat atau ke kedai gunting. Tetapi yang peliknya, kalau rambut rakyat tidak dibenarkan gunting, kenapa rambut menteri nampak kemas dan pendek.

Apakah keistimewaan rambut menteri boleh kekal pendek walaupun selepas dua bulan? Potong sendiri? Tentu tiada seorang pun akan percaya!

Sebenarnya arahan kerajaan sekadar arahan. Rasanya ramai yang tidak akur.

Seperti yang didakwa oleh Presiden Persatuan Barber SeMalaysia, TN Winda Mohd Tahir, ada seorang ahli persatuannya ditawarkan RM1,000 daripada seorang menteri untuk pergi ke kediamannya semata-mata untuk potong rambutnya.

Larangan terhadap kedai gunting ketika PKPB ini walaupun bertujuan baik, tetapi ia menunjukkan ketidaktelusan dan kegagalan kerajaan menanganinya secara berkesan.

Ada Menteri tawar RM1,000 kpd tukang gunting, Ini reaksi spontan Ismail Sabri

BUAT masa ini kerajaan masih tidak membenarkan kedai gunting rambut untuk beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Namun menerusi laporan berita pada Selasa, Presiden Persatuan Barber SeMalaysia TN Winda Mohd Tahir mendakwa ahlinya pernah ditawarkan RM1,000 daripada seorang menteri untuk potongan rambut biasa.

Malah menteri tersebut dikatakan sanggup menawarkan pemandu untuk menjemputnya ke rumah.Bagaimanapun berita itu turut mengejutkan Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika ditanya mengenai pekara tersebut pada sidang media harian di Putrajaya, Selasa petang.

“Berita baharu ni. Saya pun tak dapat berita ini. Dari segi peraturan memang tidak dibolehkan.

“Bagaimanapun itu berita yang tak dapat disahkan, jadi saya tak boleh beri jawapan ya atau tidak,” katanya.

Tambahnya lagi, prosedur operasi standard (SOP) mengenai perkara itu tetap sama.

“Setakat hari ni gunting rambut masih dalam dalam senarai terl4rang… negat1ive list.

“Jadi tak bolehlah sama ada di rumah, ke pejabat ke atau ke kedai gunting, sama saja tak boleh,” katanya.

Pada 28 April lalu, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali dan Exco Perak, Razman Zakaria didakwa di Mahkamah Majistret Gerik atas tvduhan mel4nggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Kedua-duanya did3nda RM1,000 selepas mengaku bers4lah di hadapan Majistret Norhidayati Mohammad Nasroh.

Beberapa keping gambar Dr Noor Azmi, Razman dan beberapa individu berkumpul menikmati jamuan di Lenggong, tular di media sosial pada 18 April lalu.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: M.B

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Selepas 2 Bulan PKP Ramai Mula Pelik Lihat Penampilan Menteri Dlm Parlimen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*