Jauh betul beza! Datin Shahida dedah fesyen lama Aliff Syukri memang buat ramai gelak

Gelagat rumah tangga usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri dan juga isteri sering menjadi tumpuan netizen. Ada sahaja perkara yang membuatkan mereka tidak sependapat terutama dalam pemilihan fesyen pakaian.

Sumber Instagram

Tidak dinafikan barang serta pakaian yang diperagakan oleh Aliff nilainya tak tercapai dek akal fikiran. Kasut berharga ratusan ribu adalah perkara biasa untuknya. Kurang senang dengan penampilan isteri, Aliff dilihat sering menegur segala cara pemakaian si isteri.

Sumber Instagram

SERING KRITIK PAKAIAN, SHAHIDA DEDAH GAMBAR LAMA SUAMINYA

Untuk membalas tindakan suami, beberapa jam lepas menerusi ruangan instagram, Datin Seri Shahida ada memuat naik gambar lama Aliff Syukri bagi mengimbau kembali cara pemakaian sebenar suaminya yang seakan lupa daratan. Jelas Shahida, penampilan Aliff lebih teruk dari dia sebenarnya.

Dapat dilihat Shahida sempat berseloroh bertanyakan harga selipar yang dipakai oleh Aliff waktu itu yang mana keadaan selipar tersebut yang agak buruk dan boleh dikatakan ketinggalan zaman.

“Abah @aliffsyukriterlajaklaris dan @qadejah_terlajaklaris zaman dahulu. Dia asyik complain saya x pandai bergaya. Tapi bila tgk gambar dia dulu lagi teruk dari saya.”
“Nak tanya selipar @aliffsyukriterlajaklaris tu jenama apa berapa ratus ribu pula harga? Jawab please!” Seloroh Shahida.
Sumber Instagram

NETIZEN TERKEJUT WAJAH LAMA ALIFF YANG LEBIH BERISI

Dengan perkongsian ini ternyata menghiburkan ramai pengikutnya. Mereka terkejut meilihat perubahan Aliff Syukri yang ternyata sangat ketara. Dulunya dilihat sangat berisi dan selekeh berbeza kini bergaya serta penuh karisma.

Sumber Instagram

Ada juga yang sempat berseloroh ini lah hasilnya bila si suami banyak mengkritik pemakaian isteri. Habis semua gambar lama akan diungkit kembali dipertontonkan kepada umum. Ramai yang menyokong bahawa Datin Shahida lebih baik penampilannya dari dulu lagi.

Sumber Instagram

Fesyen berubah mengikut peredaran zaman. Mungkin gaya Aliff pada waktu itu tengah mengikut trend pada zamannya. Lihat sahaja kini gayanya, memang tidak akan mengecewakan apabila sering tampil kacak setiap masa.

Sumber: Instagram Nur Shahida Mohd Rashid

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : meecks

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Jauh betul beza! Datin Shahida dedah fesyen lama Aliff Syukri memang buat ramai gelak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*