Polis dedah mcm mana gadis ini dpt kelulusan rentas negeri

DUNGUN: Polis menafikan memberi layanan istimewa kepada seorang wanita untuk melakukan perjalanan rentas negeri dari Dungun ke Putrajaya seperti yang tular di media sosial.

Sebelum ini, seorang wanita yang menggunakan nama ‘Siska Qirana’ memuat naik status di aplikasi WhatsApp dan perbualan mesej dengan seorang sarjan mendakwa dapat pulang berhari raya kerana mempunyai ‘kabel’.

Tindakan itu mendapat kecaman dalam kalangan warganet yang tidak berpuas hati selain turut memberi imej buruk kepada Polis Diraja Malaysia.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah, berkata perkara yang dimaklumkan wanita terbabit itu tidak benar.

Taska dip3cah masuk

“Kita sudah beri kelulusan kepadanya pada hujung April lalu selepas polis di Putrajaya memaklumkan taska wanita terbabit di Putrajaya dipecah masuk.

“Kebenaran diberikan untuk dia menyelesaikan urusan berkaitan taskanya dan dia sudah bergerak ke sana pada 27 April lalu.

“Wanita terbabit juga sudah mendapat kelulusan untuk kembali ke daerah ini memandangkan anaknya ditinggalkan di daerah ini bersama keluarganya,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Baharudin berkata, tidak timbul isu layanan istimewa atau ada ‘orang dalam’ kerana kebenaran diberikan selepas menilai pelbagai perkara.

Katanya, pihaknya terkilan dengan tindakan wanita itu memuat naik status sedemikian sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati dalam orang ramai.

“Kita tidak tahu mengapa bertindak sedemikian sedangkan kebenaran diberikan bukan kerana dia mempunyai orang dalam sebaliknya atas dasar keperluan untuk membantu siasatan kesnya di Putrajaya,” katanya.

Jual Nama Polis Dungun

Sebelum ini seorang wanita telah bertindak memuat naik status di IG story memberitahu bahawa dia dapat pulang ke kampung kerana mempunyai ‘kabel’.

Dia turut memuat naik perbualan WhatsApp di Instagramnya dan dengan bangganya meminat supaya orang lain tidak cembVru dengannya.

Beberapa screenshot telah dimuat naik di Facebook dan telah mendapat perhatian netizen yang rata-rata tidak berpuas hati dengan tindakan wanita berkenaan.

Ini menunjukkan contoh yang tidak elok tambah lagi apabila dia telah memetik nama pegawai p0lis yang memberikan kebenaran untuknya.

Rata-rata netizan mahu tindakan di ambil ke atas wanita tersebut

#PDRM patut ambil tindakan ke atas perempuan tu.

1. Sebarkan berita palsu.

2. Mencemarkan imej PDRM.

3. Fitnah ke atas PDRM.

Buktikan dgn ambil tindakan terhadap wanita tersebut, jika tidak sukar utk rakyat percaya kata2 tersebut malah akan dianggap cuba sembunyikan kesalahan. Harap pihak #PDRM tegas dlm perkara yg melibatkan imej PDRM sendiri.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: MB

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Polis dedah mcm mana gadis ini dpt kelulusan rentas negeri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*