Pelakon dan pengacara Norman Hakim akui tidak menyangka gurauannya mengenai dakwaan Erra Fazira bakal jadi calon isterinya menjadi perhatian netizen.
Menurut Norman, apa yang ditulis di dalam satu entri di akaun Instagram miliknya itu hanya gurauan.
“Itu hanyalah ‘gurau warna warni Aidilfitri’ sahaja. Tidak lebih dari itu,” jelasnya ringkas kepada Astro Gempak.
Norman diminta memberi kenyataan untuk menjelaskan mengenai maksud ‘kilang ketiga’ yang dikaitkan dengan pelakon Erra.
Kenyataan Norman itu telah menimbulkan kemar4han rata-rata netizen yang merasakan perkataan ‘kilang’ itu tidak sesuai digunakan untuk isteri.
Namun tidak kurang juga akui memahami maksud gurauan Norman itu.
Terdahulu, Norman pernah berkahwin dengan Abby pada tahun 2002 dan bercerai pada tahun 2008.
Hasil perkahwinan, Norman dan Abby dikurniakan tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan Maria Danisha Hakim.
Norman kemdian mendirikan rumah tangga dengan Memey Suhaiza pada tahun 2011.
Hasil perkahwinan kedua itu, mereka dikurniakan dua anak lelaki, Muhammad Darwisz Hakim, Muhammad Dikhriz Hakim dan seorang anak perempuan, Mikayla Delisha Hakim
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber: GEMPAK
Be the first to comment on "Digembar-Gemburkan Erra Fazira Kilang Ketiga, Ini Penjelasan Mengejuutkan Drpd Norman Hakim"