Ramai Terharu Aliff Syukri Minta Maaf Dengan Isteri, Sekali Datin Terkeejut Dapat Duit Raya Yg Banyak

Biarpun Aidilfitri pada tahun ini disambut serba kekurangan, namun amalan memohon maaf diantara ahli keluarga dan sanak saudara semestinya tidak dilupakan.

Saling Memohon Maaf

Begitu juga dengan keluarga usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri yang saling bermaafan antara satu sama lain di pagi Syawal. Dimulakan dengan sesi bermaafan bersama isterinya, Datin Seri Nur Shahida kedua-duanya kelihatan sebak meluahkan isi hati masing-masing selain akui akan kesalahan yang telah dilakukan masing-masing sebelum ini. Di kesempatan itu, Aliff sempat berseloroh sambil  menghulurkan sejumlah wang kepada Shahida sebagai tanda ingatan di Aidilfitri.

Ramai Yang Terharu 

Seterusnya, anak-anak pasangan ini turut memohon maaf kepada mereka sehingga ada diantaranya mengalirkan air mata kerana terlalu sebak. Dalam muat naik seterusnya, ibu kepada Aliff yang dikenali sebagai Bonda Rozita kelihatan menangis teresak-esak apabila saling bermaafan dengan Aliff dan Shahida.

Melihatkan pada video yang dimuatnaik tersebut, rata-rata pengikut Aliff meluahkan rasa terharu selain mendoakan agar rumahtangga pasangan ini kekal sehingga ke akhir hayat. Sebagai info, Aliff dan Shahida mendirikan rumah tangga pada Ogos 2007 dan telah dikurniakan lima orang cahaya mata serta turut mengambil seorang anak angkat.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Murai.my

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Ramai Terharu Aliff Syukri Minta Maaf Dengan Isteri, Sekali Datin Terkeejut Dapat Duit Raya Yg Banyak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*