Nampaknya penyanyi Syura Badron pula menjadi mangsa individu tidak bertanggungjawab yang meny4mar sebagai dirinya dan menggunakan gambarnya di Facebook.
Syura turut meluahkan rasa kesal apabila individu itu bertindak menjatuhkan maru4hnya dengan memuat naik status menggambarkan seolah dirinya terdesak untuk mencari pasangan.
“Saya sedar akaun palsu itu dah wujud lama dan sebenarnya saya tak ambil kisah sangat tapi kali ini individu itu sudah melampau sebab menyam4r sebagai diri saya.
“Individu itu memuat naik status yang boleh menyebabkan orang luar berfikiran negatif terhadap saya. Kebanyakan status yang dikongsikan memperlihatkan saya seperti desperate sangat nak cari suami,” katanya kepada mStar Online.
Kata Syura lagi, dia sedia untuk mengambil tindakan selanjutnya andai perbuatan individu berkenaan melampaui batas. Buat masa ini Syura berkata dia meminta netizen untuk melap0r terhadap pengendali Facebook berkenaan.
Hampir enam tahun bergelar ibu tunggal, Syura memberitahu dia tidak pernah menolak dan memasang niat untuk berkahwin lagi tetapi belum tiba masa yang sesuai.
“Soal jodoh ini, saya tak berani nak ulas sangat sebab kita pun tak tahu bila Allah nak beri rezeki itu. Tapi saya tak pernah rasa f0bia atau takvt nak kahwin lagi,” ujarnya.
Syura dan suaminya Mohd Fadhly Md Yassin telah berpisah pada Ogos 2015. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang anak Nurul Dania Irdani, Nurul Qaisara Sofia dan Muhammad Irfan Arya.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber: ROTIKAYA
Be the first to comment on "Syura Muat Naik Status Bosan Hidup Menj4nda?"