Siapa sahaja yang tidak mengenali dengan selebriti jelita, Hanis Zalikha yang kini lebih aktif dalam bidang perniagaan miliknya. Dia juga dilihat bahagia bersama suami, Hairul Azreen apatah lagi dengan kehadiran dua orang cahaya mata sepasang mereka membuatkan keluarganya itu semakin ceria.
Meskipun jarang kelihatan di kaca televisyen namun Hanis Zalikha antara selebriti yang sering menjadi perhatian warganet dilaman Instagram peribadinya yang kini telah memiliki 5.6 juta followers.
Apa yang lebih menarik, Hanis Zalikha juga sporting untuk berkongsikan perkembangannya bersama kedua-dua anaknya yang kini menjadi si cilik popular iaitu, Yusuf Iskandar dan puterinya, Alisa Aisyah.
Terbaru pula, satu rakaman video dikongsikan oleh Hanis Zalikha ini mencuri tumpuan peminat dan pengikut apabila dia berkongsikan rakaman anak-anak yang pada mulanya hanya untuk merakam Yusuf bersama Alisa makan namun terakam pula gelagat perebutan mereka.
“Nak record adik beradik makan pasta, terrecord perebutan…” ujar Hanis Zalikha menerusi posting.
Kelihatan, Hanis Zalikha berjaya mengawal situasi anak-anaknya dari bergaduh berebutkan permainan dan akhirnya juga Yusuf dan Alisa tidak menangis namun berbaik semula.
View this post on InstagramNak record adik-beradik makan pasta, terrecord perebutan 🤭 @theyusufiskandar @thealisaaisyah
Situasi yang berjaya dileraikan oleh Hanis Zalikha dengan menggunakan cara yang lembut itu bagaimanapun turut membuatkan peminat dan pengikut kagum dan dia juga menjadi inspirasi buat para ibu diluar sana.
Dalam pada itu, perkongsian berkenaan meraih ribuan tanda suka dan lebih 500,000 tontonan yang menyaksikan gelagat keluarga bahagia ini.
“Ive always adore…”
“Bestnya tengok cara Hanis…”
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber: HCL
Be the first to comment on "Terakam anak2 berebut mainan, cara pujuk Hanis Zalikha jadi ‘idola’"