Semalam pelbagai reaksi diberikan pengguna laman sosial terutama golongan bujang selepas kerajaan mengumumkan sedang mempertimbangkan untuk memberi kebenaran pulang ke kampung halaman menziarahi ibu bapa atau keluarga masing-masing.
Tinjaun Gempak di laman sosial Twitter mendapati, rata-rata golongan bujang mendoakan agar kerajaan ‘berlembut hati’ untuk membenarkan mereka pulang ke kampung bertemu ibu dan bapa.
Rata-rata meluahkan rasa rindu terhadap ibu dan bapa di kampung halaman apatah lagi tidak dapat pulang berhari raya dan menyambut Aidilfitri bersama baru-baru ini.
Ada juga warga Twitter yang berharap agar sekiranya kerajaan membenarkan golongan bujang pulang ke kampung, jangka masanya tidak terlalu pendek.
“Harapnya jangan la bagi balik untuk semalaman je…Aku dah enam bulan kerja macam orang gi1la..Dapat balik seminggu pun jadi laa..” tulis Najmi.
Sementara itu pengguna Twitter @Nona Maneh pula berharap agar kerajaan tidak mengambil masa terlalu lama untuk berbincang mengenai perkara tersebut.
“Jangan lama sangat bincang tu. Kami yang bujang-bujang ni la yang paling patuh PKP. Keluar hanya bila ada keperluan, keluar pun sorang-sorang
“Bila pejabat dah buka, perlu 50% lepas tu 70% kehadiran pun yang bujang-bujang ni la yang hari-hari kerja cover mereka-mereka yang berkeluarga yang diberi WFH (Work From Home).
“Sadis…Dah la bujang,” tulisnya.
Semalam, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Mohd Ismail Sabri Yaakob, mengumumkan mengenai perkara tersebut selepas mengambil kira perasaan individu bujang yang rindukan keluarga selepas hampir tiga bulan tidak bertemu mereka.
“Saya bersimpati dengan individu bujang. Saya juga pernah bujang dan kalau boleh setiap minggu mahu berjumpa arwah mak dulu.
“Saya faham dan kerajaan sudah mula berbincang mengenai beberapa kelonggaran yang boleh diberikan dalam mesyuarat hampir setiap hari.
“Kepada golongan bujang yang rindukan keluarga, beri kami sedikit masa lagi untuk kita berbincang bilakah mereka boleh dibenarkan melakukan perjalanan. Kita takkan tutup selama-lamanya,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri mesyuarat jawatankuasa khas menteri mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Putrajaya, pada Ahad.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber: GEMPAK
Be the first to comment on "Selepas Kerajaan Pertimbang Kebenaran Bertemu Keluarga, Ini Reaksi Orang Bujang Yg Tak Disangka2"