Nyanyian Peluang Kedua Nabila Razali ‘Terkvcil’ Masa Live, Ini Respons Yg Mengeejutkan Dari Dayang Nurfaizah

KUALA LUMPUR: Bersikap realistik, Dayang Nurfaizah menyifatkan isu penyanyi ‘terkucil’ ketika mendendangkan lagu secara langsung adalah lumrah biarpun insiden itu dielak.

Menganggap bukan semua penyanyi mampu melontarkan vokal sempurna pada setiap masa, Dayang menganggap, sebagai manusia biasa, tiada siapa dapat lari daripada melakukan kesil4pan.

“Macam saya, ada hari, saya rasa tak seronok untuk menyanyi. Tipulah kalau saya cakap, tidak pernah ‘terkuci1l’.

“Ada hari saya tidak sihat tapi kita masih mahu cuba memberikan yang terbaik. Namun, nasib tidak menyebelahi kita,” katanya kepada BH Online.

Dayang mengulas nasib menimpa artis junior, Nabila Razali yang ‘terkucil’ ketika mendendangkan single Peluang Kedua ciptaan Hael Husaini pada program Meletop Mega Raya Ria sempena 1 Syawal, minggu lalu.

Sebaik rakaman video menjadi vi1ral, aksi Nabila yang membahasakan diri sebagai Bella, terus dihent4m netizen.

Dayang berkata, kadang-kala situasi dihadapi penyanyi ketika ‘terkucil’ sewaktu membuat persembahan perlu diperhalusi.

“Kita tidak boleh terus menilai seseorang itu boleh atau tidak boleh menyanyi daripada satu kesilapan. Kita kena faham situasi yang dilalui.

“Kita kena bagi dia peluang, jangan hanya sebab satu kesil4pan, terus kriti1k. Cuba fikir dari sudut positif. Dengan kesilapan inilah dia dapat belajar dan perbaiki diri,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai single terbaharu, Di Pagi Raya Ini yang digubah khas untuk petugas barisan hadapan, Dayang berharap bingkisan itu dapat menjadi hadiah istimewa buat mereka.

“Lagu dan liriknya digubah khas untuk mereka yang bertungkus-lumus mengharungi detik getir memerangi wabak COVID-19 yang melanda negara.

“Pengorbanan petugas barisan hadapan sangat besar. Lantas apabila ditawarkan Primeworks Studios menyanyikan lagu ini, saya tidak menolak.

“Sedikit sebanyak saya boleh menyumbang sesuatu agar petugas barisan hadapan dapat tersenyum mendengar lagu ini,” katanya.

Lirik Di Pagi Raya Ini dihasilkan Ketua Pegawai Eksekutif, Primeworks Studios, Datuk Ahmad Izham Omar manakala susunan muzik dibuat Audi Mok.

Single Di Pagi Raya Ini adalah projek Primeworks Studios dengan kerjasama Celcom Axiata Sdn Bhd.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Dayang Nurfaizah (@dayangsayangkamu) on

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: BH

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Nyanyian Peluang Kedua Nabila Razali ‘Terkvcil’ Masa Live, Ini Respons Yg Mengeejutkan Dari Dayang Nurfaizah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*