Chee Heng sebelum ini menyediakan perkhidmatan van jenaz4h, ambulans dan teksi 10 sen secara percuma kepada golongan tidak berkemampuan.
Selain mengagihkan bantuan makanan asas secara percuma, Chee Heng yang pernah bertanding sebagai calon Bebas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih sebelum ini turut menyediakan Dapur Umum yang membolehkan mereka yang lapar dan miski1n mengambil makanan secara percuma.
Berikut perkongisan menarik Uncle Kentang di halaman facebook beliau mengenai kisah pembuat batu nisan
“PEMBUAT BATU NISAN CARI SAYA TERKEJUT SAYA baca lah Seterus jika ada lapang
“Mulia nya kamu hanya seorang pemahat batu nisan
“SEMALAM 1 hb Jun saya telah di datangi oleh seorang lelaki Melayu yang maklum saya beliau akan join team kita dan beliau bersedia sedekah kepuk dan batu nisan kepada mereka yang kurang mampu
“Ini lah manusia yang bukan kaya hanya seorang pemahat batu nisan saya pula bukan seorang yang kaya saya hanya seorang kerdil tidak ada gelaran YB, tiada ada kereta BMW, tiada ada kereta Mercedes tiada ada jam tangan Frank Mueller tiada ada gelaran Tan Sri atau Dato Seri tapi kita sentiasa ingat untuk serikan mereka yang kusut kita hadiahkan senyuman
“Kita hadiahkan ketenangan ketika mereka kecelaruan ketika mereka saki1t ketika mereka lap4r kerana kita tahu batu nisan lah yang akan tandakan bahawa kehadiran kita pernah menumpang di bumi yang bertuah ini
“Batu nisan juga lah peringatan kepada anak anak kita kita sudah kembali
“Terima kasih kepada pembuat batu nisan dan kepuk kubvr kamu lah orang yang gagah dan mulia kerana kamu bantu kita menandakan kepulangan kita
“Semoga kita tenang di sana mari lah jangan lupa hiasi rumah terakhir kita dengan amalan amalan yang di janjikan keindahan di sana nanti jangan menyesal ketika kau di jemput pulang
“Salam hormat dari Uncle Kentang… 2/6/2020
Reaksi netizan
Zaimah Ismail Tulisan Mr kuan amat hebat …dlm mknanya…tertusuk ke Hari yg dalam….Kita hanya menumpang didunia yg penuh dugaan
Rosmaziah Mohd Daud Terbaik uncle kentang, sentiasa membantu yg memerlukan
Zura Sahat rumah yang terakhir,singgah yang terakhir kita disini juga.Sudahkan kita bersedia kematian..Mahu atau tidak mahu pasti akan tiba.
Zabedah Ahmad Batu nisan… .. sebagai tanda kita pernah ujud di muka bumi Allah ini… hebat ayat ni… Brother Kentang terima kasih kerana menyedarkan saya yang selama ini tak faham dan tercari2… setiap kali baca buat saya termenung panjang berfikir… terima kasih
Nama Mr Kentang mula meriah diperkatakan di media sosial sebelum mendapat perhatian media arus perdana, apabila dia tampil dengan pelbagai inisiatif membantu golongan memerlukan seperti hotel, ambulans dan perpustakaan yang hanya mengenakan cas 10 sen sahaja.
Mana datang nama Mr Kentang? Itu gelaran yang diciptanya sendiri memandangkan dia suka menyertakan bekalan kentang dalam setiap bantuan beras, minyak dan barang makanan lain yang disumbangkannya.
Terbaharu dia memanfaatkan teknologi dengan kejayaan mewujudkan aplikasi CP Kejar dan CP Help untuk memudahkan perkhidmatan bantuan sukarelanya dicapai umum.
CP atau Community Police yang ditubuhkannya bukan tertakluk hanya membantu orang yang memerlukan, tetapi meluas kepada banyak hal seperti membantu menyegerakan pembaikan lampu isyarat, jalan berlubang dan rosak sehinggalah masalah anjing liar di kawasan kediaman.
Tangan yang memberi lebih baik daripada menerima
“Kenapa saya buat amal jariah? Sebab saya nak jadi kaya,” jelasnya.
“Berbalik kepada ajaran agama, Quran pun ada kata yang kalau kita sedekah satu, kita akan dibalas 10. Kalau kamu yakin dengan agama kamu, yakin dengan Tuhan, pasti kamu juga akan buat macam saya.”
Hurainya lagi, kemurahan hati akan membuka seluas-luasnya pintu rezeki yang akan membawa rahmat berpanjangan seperti air yang mengalir tanpa henti.
Dia merasai sendiri berkat daripada kerja mulianya apabila dia tidak berdepan dengan masalah kewangan, malah lebih banyak ilham tercetus untuk terus memperluas khidmatnya, dan jalannya juga sentiasa lancar.
“Rezeki akan datang dalam macam-macam bentuk, kepada keluarga kita, kawan-kawan kita, orang senang dan suka pada kita, peluang pun selalu dapat pada kita.
“Islam pun ajar, kalau kita mudahkan orang, Allah akan mudahkan kita,” ujarnya.
Community Policing yang ditubuhkan itu sebenarnya bermatlamat untuk mempererat antara ahli masyarakat dan membentuk kepercayaan antara mereka sehingga setiap seorang berasa selamat, bagai satu keluarga.
“Kalau kita panggil pergi ceramah cegah jenayah, tak guna. Duit nak makan pun tak ada, nak suruh cegah jenayah?” selorohnya sambil ketawa.
“Jadi kita beri dia (ahli masyarakat) kepercayaan, bagi bantuan, lama-lama sesama kita akan jadi kawan, dan menjadi ok, you take care of me, I take care of you.”
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber: Trendingsangat
Be the first to comment on "Uncle Kentang kongsi kisah seorang pemahat batu nisan"