“Ke mana lagi kamu harap Tun bawa kamu? Tun dah ibarat GPS yang rosk. Bacaannya dah tak betul. Kalau arahan kata belok kiri, belum tentu kiri.”
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat Mokhtar Senik mempersoalkan kesetiaan orang ramai yang masih menyokong mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau juga mempertikan mereka yang masih berdegar-degar ‘mewiridkan’ Pakatan Harapan (PH) bawah pimpinan Tun Mahathir akan mengambil alih tampuk pemerintahan daripada Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“Saya hairan, apa yang kamu semua masih percayakan Tun itu? Lebih menghairankan bila Anwar sendiri kononnya akan sekali lagi menyokong Tun untuk menumbangkan Perikatan Nasional (PN).
“Yang peliknya PKR, PAN dan DAP masih menyalahkan UMNO dan PAS dalam soal kejatuhan Kerajaan mereka dan tertubuhnya Kerajaan baru PN. Tangkal apa lah yang Tun pakai sampai kamu tak nampak kecelaruan politik Tun,” ujarnya menerusi Harakah Daily.
Mokhtar bagaimanapun berterima kasih kepada Tun Mahathir kerana menghalang Anwar dari menduduki kerusi PM.
Tambahnya, tidak wajar Tun Mahathir meneruskan ser4ngan terhadap Muhyiddin untuk kepentingan peribadi.
Rozaimi b1idas Mokhtar Senik
PENDAKWAH terkenal, Dr Ustaz Rozaimi Ramle menegur tindakan seorang Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, berhubung kenyataan berkaitan Muafakat Nasional (MN).
Ketua Jabatan Pengajian Islam UPSI itu melalui hataran di laman Facebooknya berkata mana-mana parti politik boleh berpakat dengan sesiapa sahaja dan itu adalah hak ijtihad masing-masing.
Namun jelasnya kenyataan mengaitkan malaikat dengan keputusan politik parti disertainya itu disifatkans sebagai keterlaluan.
“Dakw4an ustaz ini pakatan parti beliau membuatkan malaikat di langit pun melaungkan takbir sehingga bergema ke seluruh penjuru alam ini, bagi saya melampav.
“Benda-benda ghai1b begini janganlah dibuat main dalam politik kepartian.
“Saya bimbang nanti ahli politik lawan pula guna nama malaikat untuk ijtihad mereka. Akhirnya nama malaikat menjadi mainan orang politik,” tegasnya dipetik portal Malaysiadateline.
Sebelum ini, Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat itu dalam satu tulisan yang disiar sebuah portal milik parti politik berkata, MN adalah sebuah nama dan kesepakatan yang cukup berkat.
“MN juga adalah sebuah nama dan piagam yang menggetarkan hati syai1tan
“Sebuah kesepakatan yang membuat malaikat di langit melaungkan Takbir sehingga bergema ke seluruh penjuru alam,” katanya
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber: MB
Be the first to comment on "Mokhtar Senik ibaratkan Tun M sebagai GPS yang dah ros4k"