Dikatakan Sedang Jalin Hubungan Ikhlas Jalil, Ini Jawapan Dari Zulin Aziz Yg Mengejuutkan Ramai

Zulin Aziz salah seorang selebriti yang semakin menjadi perhatian netizen selepas pelbagai perkara yang dilakukan olehnya sejak kebelakangan ini termasuklah dia telah menjadi inspirasi buat orang ramai kerana berjaya menurunkan berat badan.

Walau bagaimanapun, apa yang membuatkan peminat-peminatnya turut meluahkan rasa geram apabila bekas teman lelaki selebriti ini kembali menghubunginya.

Menerusi Harian Metro, Zulin Aziz akui gara-gara bentuk fizikal dan rupa paras kurang menarik membuatkan ia menjadi punca hubungan cintanya putus pada Oktober tahun lalu.

Oleh itu, pelakon dan pengacara berusia 30 tahun ini nekad menurunkan berat badan selain bagi memastikan kelangsungan kerjaya yang diceburi.

Pun begitu, Zulin Aziz membuat keputusan tentang bekas teman lelakinya itu hanya sesuai dimasa lalu sekali gus niat untuk kembali berbaik tidak akan berlaku. Apatah lagi, jejaka berkenaan menurut Zulin tidak ikhlas menerima dia seadanya.

“Saya tak suka hidup di masa lalu. Memang bekas teman lelaki ada menghubungi untuk kembali berbaik tapi ia tidak akan pernah berlaku kerana dia hanya sesuai berada di masa lalu saya saja.

“Segala caci1an dan kutvkan yang pernah dilemparkan kepada kawan-kawan di belakang saya membuatkan saya bulat hati untuk turunkan berat badan demi kebaikan.”

Menjawab pula hubungannya dengan pelakon Ikhlas Jalil selepas timbul gosip mengenai mereka, Zulin Aziz berkata mereka hanya sekadar kawan dan bertegvr sejak Ramadan lalu.

“Mengenai hubungan saya dengan Ikhlas kami hanya sekadar kawan. Kami mula bertegvr sejak Ramadan lalu. Buat masa ini saya selesa berkawan dengan semua.

“Saya takut nak cakap lebih-lebih sebab soal jodoh ini rahsia Allah SWT. Tapi, saya selalu berdoa agar dikurniakan teman lelaki yang terbaik untuk saya selepas beberapa kali gag4l dalam percintaan.”

Ikuti juga kisah selebriti ini dimana Ikhlas Jalil juga pernah menjawab hubungannya dengan Zulin Aziz:

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: HCL

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Dikatakan Sedang Jalin Hubungan Ikhlas Jalil, Ini Jawapan Dari Zulin Aziz Yg Mengejuutkan Ramai"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*