Ini 10 Pasangan Selebriti Popular Bertemu Jodoh Dalam Satu Bidang

Siapa sangka dalam sibuk mencari rezeki, kita boleh dipertemukan jodoh dengan pasangan yang berada dalam bidang yang sama.

Begitulah yang berlaku kepada pasangan selebiriti popular di Malaysia ini, sama-sama berada dalam satu aliran seni telah membuatkan mereka bertemu dengan pasangan hidup mereka.

Tanpa membuang masa, Gempak senaraikan 10 pasangan selebriti popular di Malaysia.

  1. Lisa Surihani & Yusry Abdul Halim
 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

1 Syawal 1441H . Salam Aidilfitri , Mohon Maaf Zahir dan Batin dari kami sekeluarga kepada anda semua 🤍🌙⭐️

A post shared by Lisa Surihani Mohamed 💋 (@lisasurihani) on

Selepas melalui episod gagal dalam perkahwinan sebelum ini, Yusry bertemu jodoh dengan Lisa pada tahun 2012. Selepas sahaja Lisa ham1il, pasangan ini mula muncul dalam satu program realiti bersama berjudul eBuBabypedia. Terbaharu, pasangan ini bakal muncul dalam telemovie 6 Hari yang akan ditontonkan di Astro Citra pada 13 Jun ini. Pasangan ini dikurniakan sepasangan cahaya mata Yahaira Leanna dan Yusof Leonne.

  1. Rozita Che Wan & Zain Saidin
 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Sat ja dah masuk qaya ke dua .. . . . #zsrcwfamily #syawal2020 #aidilfitri2020 #rcwfamily . BAJU RAYA mankajang29 JEWELLERY @habibjewelsofficial

A post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1) on

Perbezaan umur bukanlah satu penghalang bagi pasangan sejoli ini untuk menjalin hubungan cinta hingga ke jinjang pelamin. Rozita atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta berkahwin dengan Zain pada 2013 dan dikurniakan cahaya mata perempuan yang comel Aaisyah Dhia Rana yang berperwatakan diva seperti ibunya.

  1. Fazura & Fattah Amin

Fattah dan Fazura mula berkenalan di set penggambaran drama “Hero Seorang Cinderella” dimana kemudiannya mereka mula menjalin hubungan yang lebih serius. Gandingan serasi itu melayakkan mereka memenangi anugerah Pasangan Serasi Drama di Anugerah Bintang Popular Berita Harian tahun lepas. Sebelum ini, mereka juga mempunyai perniagaan sendiri.Gabungan kedua-dua mereka sangat hebat.

  1. Wawa Zainal & Aeril Zafrel
 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Baby twins is coming.. nak tahu lebih lanjut standby berita buletin utama TV3 jam 8.50-9pm tau😘

A post shared by Wawa Zainal ®️ (@w4w4_zainal) on

Meskipun pada mulanya terdapat kontr0versi dengan status perkahwinan mereka tetapi kini ia bagai sudah lenyap dan pasangan ini mula disuaki ramai. Keletah suami isteri ini sentiasa menjadi perhatian di media sosial kerana masing-masing begitu sporting. Wawa pula mula mengurangkan aktiviti lakonan dan lebih memberi tumpuan kepada bidang perniagaan. Mereka berdua memang power couple! Pasangan ini dikurniakan 3 orang anak Ahmad Fakhruddin Attar dan Hayla Maghfiratul Adzkiyaa dan Aya Soffya 

  1. Hanis Zalikha & Hairul Azreen
 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Selamat Hari Raya loves. Gambar paling okay dengan budak-budak ni 🌝

A post shared by Hanis Zalikha (@haniszalikha) on

Siapa tidak kenal pasangan yang berpengaruh di Malaysia ini. Pasangan Hanis dan Hairul sentiasa menjadi idola dan mempunyai ramai peminat tersendiri. Mereka pernah menjadi bualan ramai apabila Hairul melamar Hanis menerusi siaran langsung program televisyen “Gegar Vaganza” suatu ketika dulu. Jawapan Hanis ketika itu hanyalah sekadar “InsyaAllah, thank you”. Namun selepas itu dia mengakui bahawa dia benar mencintai Hairul. Mereka kini dikurniakan sepasangan cahaya mata Yusuf dan Alisa Aisyah.

  1. Amyra Rosli & Amar Baharin
 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Nak makan ke nak ambik gambar?? @primavalet . . #Raya2020 #AqeefAnaqi #2y7m #AyraAryssa #3m

A post shared by Madam Amyra (@aamyrarosli) on

Amyra dan Amar pernah menolak khabar angin tentang mereka akan berkahwin suatu masa dulu apabila dilihat mesra setelah digandingkan dalam beberapa drama. Akhirnya sangkaan peminat terhadap hubungan mereka menjadi kenyataan apabila mereka mengumumkan akan berkahwin pada 2016. Mereka yang telah dianugerahkan sepasang cahaya mata yang comel bernama Aqeef Anaqi dan Ayra Aryssa.

  1. Scha Al-Yahya & Awal Ashaari
 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Assalamualaikum semua ! Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua, mohon ampun dan maaf jika ada salah dan silap. Enjoy Hari Raya. Stay safe wherever you are ❤️

A post shared by Scha Alyahya™ (@schaalyahya) on

Pasangan ini sering sahaja menjadi trendsetter dalam berpakaian. Pasangan Scha dan Awal juga menjadi ikon buat para peminat kerana masih memegang gelaran pasangan paling berpengaruh. Tambahan lagi, pasangan yang mendirikan rumah tangga sejak 2012 ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang comel bernama Lara Alana.

  1. Shaheizy Sam & Syatila Melvin

Pasangan ini baru sahaja muncul dalam drama pendek Raya berjudul Gerakan Serunding. Pasangan ini juga sentiasa menjadi ikon kerana gelagat mereka menjaga anak dan menguruskan keluarga. Bukan mereka sahaja, anak sulungnya Sheriv Samheizy juga sering mendapat perhatian media sosial. Pasangan ini turut dikurniakan seorang anak perempuan iaiatu Sarima Samheizy.

  1. Siti Sarah & Shuib Sepahtu
 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Selamat hari raya ..

A post shared by Siti Sarah Raissuddin (@sitisarahraissuddin) on

Siapa sangka seorang pelawak boleh bertemu jodoh dengan seoran penyanyi popular seperti Siti Sarah, itu yang dinamakan jodoh. Shuib dan Siti Sarah juga sentiasa menunjukkan sisi bahagia dan romantik di media sosial. Siti Sarah kembali aktif menyanyi selepas menjadi naib juara Gegar Vaganza pada tahun 2016 dan terpilih menjadi duta beberapa produk di Malaysia.

  1. Datuk Farid Kamil & Datin Diana Danielle
 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Selamat Hari Raya from the Kamil Clan in KL 💕 Maaf Zahir & Batin! Tap photo to see who we are wearing 💫

A post shared by Diana Danielle (@dianadanielleb) on

Selain pengarahan, Datuk Farid Kamil juga masih aktif berlakon termasuklah di dalam naskah Tombiruo yang meraih lebih RM8 juta di pawagam. Sebelum itu, beliau juga bersama Zul Ariffin di dalam filem J Revolusi dan turut berlakon di dalam filem Pinjamkan Hatiku. Begitu juga dengan Datin Diana Danielle yang turut mencapai pelbagai kecermelangan termasuklah memenangi Anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia dan Anugerah Skrin baru-baru ini melalui filem Hanyut. 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : GEMPAK

 

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Ini 10 Pasangan Selebriti Popular Bertemu Jodoh Dalam Satu Bidang"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*