AINUL Mardhiah Ahmad Safiuddin, 21 bulan, yang pernah menghid4p ketumbvhan dalam mulut iaitu ‘G3rm Cell Tum0r’ kini terus menunjukkan pertumbuhan fizikal dan perkembangan kesihatan yang positif selain semakin kerap menyusu.
Bapanya Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, 25, berkata puteri sulungnya itu kini lebih memerlukan pengawasan kerana semakin aktif dan lasak serta banyak belajar perkara baharu.
“Dia akan minum susu lapan kali sehari menggunakan tiub yang disambung dari leher ke mesin khas dan setiap kali minum susu ia mengambil masa sehingga satu jam dan dalam tempoh itu memang kena jaga kerana dia suka menarik tiub tersebut.
“Alhamdulillah secara keseluruhan kesihatan Ainul Mardhiah semakin baik selepas menjalani pembed4han membu4ng ketvmbuhan dalam mulutnya tahun lepas, ” katanya kepada pemberita pada Program Ziarah Kasih Ketua Menteri Datuk Sulaiman Md Ali ke rumahnya di Taman Desa Molek, Ayer Molek, Melaka pada Sabtu.
Pada 23 April lepas, Bernama melaporkan Ahmad Safiuddin menzahirkan rasa syukur dan penantian selama setahun lapan bulan untuk mendengar suara Ainul Mardhiah akhirnya tertunai apabila dia sudah pandai menutup alat bantuan pernafasannya atau ‘trachy’ sendiri dan mengeluarkan suara.
Ahmad Safiuddin berkata kini Ainul Mardhiah akan mengeluarkan suaranya ketika hendak menyanyikan lagu dalam sebuah rancangan kartun animasi Islamik, Omar dan Hana yang sering ditontonnya.
Peniaga kedai runcit itu berkata anaknya itu masih perlu menjalani raw4tan susulan di Hospital Melaka.
Sementara itu, Sulaiman berkata kerajaan negeri melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat akan terus membantu keluarga Ainul Mardhiah dari segi keperluan perubatan selain bantuan penjagaan Orang Kurang Upaya atau Pesaki1t Kr0nik Terlantar berjumlah RM350 sebulan sejak tahun lepas.
“Kita di peringkat kerajaan negeri prihatin dengan nasib yang menimpa adik Ainul Mardhiah dan berharap dia akan segera pulih seperti kanak-kanak lain. Kita akan lihat dari semasa ke semasa keperluannya yang boleh kita bantu untuk meringankan beban keluarga,” katanya.
Ainul Mardhiah selamat menjalani pembed4han membvang ketvmbuhan seberat 200 gram di mulutnya di sebuah hospital di London pada Jun tahun lepas.
Pembed4han berisik0 tinggi itu dilakukan sekumpulan pakar bed4h dan anestetik diketuai oleh Ketua Unit Craniofacial hospital berkenaan, Prof David Dunaway selain turut disertai pelatih pakar bedah dari Malaysia, Dr Nur Amalina Che Bakri dan seorang lagi doktor Malaysia, Dr Julian Ong.- BERNAMA
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber: MSTAR
Be the first to comment on "“Dia akan minum susu lapan kali sehari” Bapa Ainul Mardhiah Dedah Keadaan Terkini Anaknnya"