[VIDEO] Permintaan Tengku Puteri Jihan Kepada Lelaki Ini Buat Ramai Tak Percaya

Siapa tidak kenal dengan pengaruh media sosial iaitu Azfar Heri yang sentiasa menghiburkan kita semua dengan video-video pantun darinya. Saat tidak pernah diduganya itu tiba apabila menerima direct message (DM) daripada Tengku Puteri Jihan sendiri.

Bak kata orang, peluang keemasan sebegini hanya datang sekali sahaja dalam seumur hidup. Lihat, apa permintaan Tengku Puteri Jihan kepada Azfar.

Serangkap pantun untuk Tengku Puteri

Video ini dimuatnaik sendiri melalui akaun Twitter Tengku Puteri Afzan yang meminati video-video dari Azfar itu. Puteri Afzan mengucapkan terima kasih kepada Azfar kerana sudi membuat video berpantun istimewa untuknya. Siap ada muzik latar lagi.

Terima DM dari Tengku Puteri Jihan

Azfar turut berkongsi keratan DM yang diterimanya dari Tengku Puteri Jihan, tempoh hari. Kisahnya bermula apabila Tengku Puteri Jihan sendiri yang meminta agar Azfar buat video khas untuk adik puterinya. Ini kerana Tengku Puteri Afzan sangat meminati video yang dibikin Azfar.

Continue your funny video

Tengku Puteri Jihan turut memberi kata-kata semangat dan dorongan untuk Azfar terus menghasilkan video yang dapat menghiburkan orang ramai. Video kerenah yang dihasilkan Azfar juga diminati oleh Tengku Puteri Jihan dan Tengku Puteri Afzan.

Sumber: Twitter Tengku AfzanAzharheri

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Kredit : OHBULAN

Apa komen anda?

Be the first to comment on "[VIDEO] Permintaan Tengku Puteri Jihan Kepada Lelaki Ini Buat Ramai Tak Percaya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*