STATUS yang dimuat naik bekas Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Datuk Hans Isaac di Instagram berbunyi ‘kesilapan lama ulang lagi’ menjadi tanda tanya dalam kalangan netizen.
Rata-rata netizen di ruang komen perkongsian tersebut membuat sp3kulasi mengaitkan status tersebut dengan isu mengenai pelantikan semula pengarah Ahmad Idham sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Finas.
Bagaimanapun, Hans menjelaskan status tersebut tidak ditujukan kepada sesiapa dan dia bebas berkongsi apa sahaja di laman sosial.
“Saya tak tujukan perkongsian tersebut kepada sesiapa. Saya hanya kongsikan apa yang terlintas di minda pada waktu itu.
Status yang dikongsi Hans di Instagram yang menjadi tanda tanya pengikutnya.
“Saya bebas berkongsi apa sahaja di laman sosial saya dan saya mahu netizen menilai sendiri maksud yang saya cuba sampaikan. Jika mereka faham, maka fahamlah,” katanya kepada mStar.
Sementara itu, Hans berkata dia akan terus menyuarakan pendapat peribadinya terhadap industri kreatif di laman sosial yang selama ini terpaksa dipendam berikutan jawatannya di agensi itu.
Tambah pelakon filem Cuci itu lagi, pendapat yang disuarakan itu adalah bagi mengelakkan salah faham terhadap kenyataan yang pernah dilakukan ketika memegang jawatan di Finas.
“Saya sekarang banyak menulis dan meluahkan apa yang terlintas dalam minda saya kerana sebelum ini selama 13 bulan saya tidak dapat bersuara secara bebas oleh kerana saya masih bersama Finas.
“Sebelum ini, satu persatuan artis ada mempersoalkan jika saya pernah membantu anak-anak seni.
“Dan sekarang ni saya akan menggunakan laman sosial untuk menyuarakan pandangan dan berkongsi aktiviti saya supaya orang tahu apa yang saya lakukan dan tiada lagi salah faham terhadap tindakan atau kenyataan yang saya pernah buat sebelum ini,” katanya.
Pada minggu lalu, Zakaria Abdul Hamid dilantik sebagai pengerusi baharu Finas berkuatkuasa 23 Mei lalu bagi menggantikan Hans Isaac yang berkhidmat sejak April 2019.
Sebelum ini, pelbagai sp3kulasi berbangk1t mengenai campur tangan Hans dalam bidang tugas Ahmad Idham sebagai CEO Finas.
Hans did4kwa banyak mempengaruhi bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), Gobind Singh Deo dalam membuat keputusan.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber: MSTAR
Be the first to comment on "Hans Isaac Tulis Status ‘Kesilapan Lama Ulang Lagi!, Sekali Netizen Pula Petik Nama Ahmad Idham"