Berpakaian Seperti Lelaki, ‘makcik’ Kec4m Siti Elizad, Ini Respons Padu Dari Siti Elizad

PERKONGSIAN foto pelakon Siti Elizad ketika menyertai aktiviti permotoran di laman Instagram miliknya baru-baru ini mengundang rasa kurang senang seorang pengikut.

Menerusi ruangan komen, netizen itu menegvr pakaian yang dikenakan oleh Elizad yang dikatakan seperti lelaki dan tidak sesuai.

Menjawab komen yang ditulis netizen berkenaan, Elizad, 36, berkata dia berasa hairan apabila baju yang dipakai itu turut dikriti1k dan menjadi isu.

“Tak kisahlah orang nak kata macam jantan pun… bawa motor takkan nak pakai skirt pula.

“Yang penting makcik tu saki1t hati pula kita pakai macam itu. Makcik ada masalah ke dengan kita?

Elizad berkongsi paparan skrin artikel mengenai komen netizen itu yang ditulis oleh sebuah blog hiburan.

“Kalau gambar s3ksi bukan main lagi semua kec4m, ini kita pakai baju tiada yang terdeda4h pun kena kec4m!,” katanya kepada mStar.

Sebelum itu, Elizad berkongsi beberapa keping foto bersama suami, Shamsul Baharin Abdul Rahman dan kumpulan mereka menyertai aktiviti permotoran pada hujung minggu.

Elizad sering berkongsi aktiviti dan hobi permotorannya di laman Instagram.

Dalam foto tersebut, kelihatan pelakon drama Syurga Yang Kedua ini mengenakan pakaian kasual bersesuaian dengan imej penunggang motosikal berkuasa tinggi.

Namun, lain pula jadinya apabila ada netizen yang berasa kurang senang dengan penampilan santai Elizad itu.

“Eee… macam jantan,” tulis pengikut tersebut.

Bagaimanapun, ia telah dipadam oleh netizen berkenaan selepas menerima komen balas daripada peminat Elizad.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: MSTAR

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Berpakaian Seperti Lelaki, ‘makcik’ Kec4m Siti Elizad, Ini Respons Padu Dari Siti Elizad"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*